10 TIP MENARIK MELANCONG KE KASHMIR, INDIA

Share this article on :

Article Credit: SHAHIDAH MAT HASSAN

Kashmir ialah sebuah kawasan bergelora yang terletak di Pergunungan Himalaya yang cukup indah dan memukau. Ia merupakan laluan perdagangan (Silk Road) sejak berzaman lagi dan kawasan paling subur yang membekalkan air serta tenaga di Asia Tengah. Jadi tidak mustahil Kashmir sehingga kini masih menjadi rebutan antara tiga kuasa besar iaitu India, Pakistan dan China. 

Berikut adalah 10 tip yang ingin kami kongsikan untuk pelancongan ke Kashmir. Tip-tip ini adalah berdasarkan pengalaman salah seorang ahli MyRehat sendiri ketika melawat Kashmir bersama agensi pelancongan pada bulan Mac yang lalu. Kos pakej premium sebanyak RM3,800 merangkumi tiket kapal terbang pergi dan balik, bagasi 20kg, penginapan beserta sarapan dan makan malam, yuran kemasukan, kereta kabel, rumah bot, Shikara ride dan pengangkutan bas serta pemandu pelancong yang berpengalaman.  

1. Untuk ke Kashmir, anda boleh menaiki penerbangan Kuala Lumpur – New Delhi (KUL – DEL).

Kemudian, naiki penerbangan domestik dari New Delhi ke Srinagar. Banyak syarikat penerbangan yang menawarkan tambang murah untuk ke India. Dalam percutian kali ini, saya memilih Air Asia Airlines dari Kuala Lumpur ke New Delhi dan Vistara Airlines dari New Delhi ke Srinagar. Jangan lupa untuk memohon India e-Visa yang sah untuk 30 hari. Saya membuat permohonan melalui agensi pelancongan dengan bayaran RM200 (tidak termasuk dalam harga pakej). Kalau rajin, anda boleh memohon sendiri di laman web Indian Visa Online kerana harganya lebih murah.   

Meskipun penerbangan hanya mengambil masa selama 1 jam 30 minit, cara hidup antara kedua-dua tempat ini amat berbeza kerana majoriti penduduk di Kashmir adalah Muslim dan masjid boleh dijumpai dimana-mana kawasan disini.

2. Kasmir tidak dipandang tinggi (underrated).

Kashmir tidak semaju negeri lain. Ia kelihatan lebih mundur, kurang bersih dan barangkali sering dimomok-momokkan dengan bahaya dan keganasan. Askar India bersenjata mengawal di mana-mana saja kerana Kashmir merupakan wilayah yang masih menjadi perebutan oleh banyak kuasa besar. Penduduk Muslim di Kashmir tersepit dan dihimpit namun realitinya, kadar jenayah sangat kurang dan Kashmir selamat untuk dikunjungi. Pertanian dan pelancongan adalah sumber ekonomi terpenting di sini. 

“Trip ke India ni vibes dia lain macam sikit. Membesar dengan cerita dan lagu Hindustan, jadi agak sentimental apabila ke sini. Bila pertama kali menjejak kaki dan melihat sendiri keadaan di Kashmir, Subhanallah, cantiknya alam ciptaan tuhan. Pergi lah pada musim apa pun, setiap pelosok ada keindahannya yang tersendiri. Saya berpeluang untuk pergi pada musim peralihan salji ke musim bunga (12 March 2023). Dapat melihat sendiri bunga yang sedang kembang mekar di sepanjang jalan dan setiap sudut. Dalam masa yang sama, kami juga sempat bermain salji. Siap ada snowfall lagi di Gulmarg. Alhamdulillah.”

4. Bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum berkunjung ke Kashmir.

Tahap fizikal haruslah memuaskan.  Jika anda mempunyai sebarang penyakit berkaitan otot, asma dan sebagainya, anda dinasihatkan untuk membekal ubat-ubatan sendiri. Ini kerana anda perlu sentiasa berjalan dengan banyak seawal tiba di lapangan terbang New Delhi. Ia amat besar dan merangkumi 78 pintu manakala penerbangan ke Srinagar berada di sekitar pintu ke 49. Bayangkan betapa jauhnya anda perlu menapak.

Disebabkan Kashmir ditadbir oleh Kerajaan India, banyak perkara agak terbatas. Contohnya, kita sebagai pelancong tidak boleh membeli simcard dengan mudah kerana perlu mendaftar alamat, sertakan gambar dan butiran terperinci. Oleh itu, pelancong biasanya meminjam simcard dari pemandu pelancong tempatan and hanya tambah nilai untuk mengakses internet (jenis day trip). Jika anda berkunjung dibawah agensi pelancongan, kemungkinan besar anda tidak perlu membeli simcard dan boleh mengakses internet di hotel. Cuma kadang-kala hotel atau rumah bot mempunyai gangguan bekalan elektrik pada waktu-waktu tertentu.

5. Lapangan terbang Kashmir ialah lapangan terbang tentera.

Fotografi tidak dibenarkan disini. Ramai tentera bersenjata mengawal kawasan lapangan terbang dengan ketat. Bermula dari Lapangan terbang New Delhi ke Srinagar, terdapat puluhan ‘check point’ yang harus ditempuhi sehinggakan di pintu kapal terbang juga wajib menjalankan pemeriksaan badan.

6. Tidak perlu risau tentang makanan kerana kebanyakan penduduknya ialah Muslim.

Yang penting, cari restoran yang kelihatan sesuai dan bersih. 

“Time ini lah boleh check-in sekali tandas dan buang hajat apa yang patut. Kalau tandas bersih, kita anggap bersih la tempat makan tu. Tour guide kami tak recommend makan street food, takut perut tak tahan. Lagi satu bila dah travel jauh-jauh, takkan nak kena masak pulak kan? Mesti kena rasa nasi briyani, pulao, mutton curry, naan tandoori, lamb/chicken bbq kat sini. Serius, padu yang amat!”

7. Pahalgam

Perjalanan mengambil masa selama 3 jam dari Srinagar. Horse Riding adalah aktiviti yang paling popular di sini. Pengalaman pertama saya dapat menunggang kuda menyusuri perkampungan dan pergunungan di Pahalgam sambil menikmati pemandangan yang cukup indah. Horse Ride dikenakan 1500Rp setiap seorang. Pony Man (budak lelaki yang ditugaskan untuk mengawal kuda) pula harus diberikan tip (seikhlas mungkin). Saya beri 500Rp sepadan dengan perkhidmatan beliau termasuklah melayan karenah mengambil video dan gambar. Tambahan pula, beliau berjalan kaki lebih dari 1 jam demi mengawal kuda yang ditunggang oleh kami. 

8. Gulmarg

Perjalanan mengambil masa selama 2 jam dari Srinagar. Tempat ini paling dikenali dengan aktiviti musim sejuk seperti Ski, Sledge, Snow Mobile dan lain-lain. Di sini kami terpaksa mengupah pemandu pelancong yang lain untuk membawa kami dari tempat parkir ke stesen gondola untuk kereta kabel dan semestinya untuk aktiviti di atas gunung yang bersalji. Perjalanan menapak ke stesen gondola agak jauh sekitar 1km. Namun jangan risau, ada Service Sledge Man yang akan tarik kita untuk ke stesen atau anda boleh menyewa Jeep. Sediakan wang yang mencukupi.

9. Sonamarg

Perjalanan mengambil masa selama 30 minit dari hotel kami di Rose Inn Heritage, Srinagar. Anda akan disajikan dengan pemandangan mempesona ladang Bunga Canola yang mekar kekuningan, indah sekali! Maklumlah, saya tidak dapat melihat pemandangan seperti ini di negara sendiri jadi saya menjadi amat kagum. Apa lagi, masing-masing berangan menunjukkan tarian Bollywood di kebun orang.

Di Sonamarg, antara aktiviti menarik pada musim salji ialah mengambil gambar dan video, horse riding dan slege riding. Sledge Man akan tarik kita naik ke puncak gunung tapi anda juga boleh berjalan kaki. 

“Jauh ok nak daki gunung salji tebal tu. Harga untuk sledge ride 1500Rp seorang. Diorang akan minta tips, saya bagi lagi 500Rp untuk pakcik yang tarik sledge saya tu. Kesian. Penat kerja dia”.

10. Dal Lake

Anda boleh memilih untuk menginap 1 malam di sini untuk merasai pengalaman di rumah bot (house boat). Ramai pemuda tempatan akan datang ke house boat untuk menjual barang seperti cenderahati dan kain sari. 

“Yang kelakarnya, kami belum sempat nak check-in lagi tapi diorang dah standby awal-awal kat depan pintu house boat pada malam tu. Kain sari ada, baju punjabi ada, souvenir dan macam-macam lagi. Kita ni jenis mudah kesian, beli jugak lah satu dua barang buat kenangan. Dah alang-alang stay kat Dal Lake, jangan lepaskan peluang untuk ambil shikara ride pusing-pusing tasik ok. Bayaran bermula dari 700Rp setiap jam.”

Akhir sekali, jika anda tanya adakah saya akan pergi ke Kashmir lagi jika ada peluang, jawapan saya adalah semestinya YES. 

“Definitely I will say yes sambil tutup mata dan telinga takmau ingat pasal bunyi hon non-stop kat jalan. Hehe! But overall, it was a great and unique experience in Kashmir. Just pergi dan alami sendiri. Kotor and banyak sampah tu biasa lah. It is better to see something once than to hear about it a hundred times!”

Anggaran Perbelanjaan:

Pakej ke Kashmir (Agensi Pelancongan) RM3800Tiket kapal terbang pergi dan balikBagasi 20kgPenginapan beserta sarapan dan makan malamYuran kemasukan, kereta kabel, rumah bot, Shikara ride dan pengangkutan bas serta pemandu pelancong yang berpengalaman
VisaRM200
Horse Ride1500Rp/pax + 500Rp (tip) = 2000Rp2000Rp = RM 113.79
Sledge Ride1500Rp/pax + 500Rp (tip) = 2000Rp2000Rp = RM 113.79
Shikara Ride700Rp/jam = RM 39.82

* 1 INR = 0.0568984 MYR

   1 MYR = 17.5752 INR

* Boleh menggunakan XE Currency Converter (https://www.xe.com/currencyconverter/) untuk mengira penukaran matawang dengan lebih terperinci

Gambar ekstra di Kashmir:

Kashmir in memories

March 2023

Sumber: Ida Mhassan (Facebook)

Related posts

6 Petting Zoos in Klang Valley for a Fun Day Out with Your Kids

6 Petting Zoos in Klang Valley for a Fun Day Out with Your Kids

Looking for a fun and educational outing for your kids? Klang Valley has some fantastic petting zoos that are perfect for a... Read More

17 Facts You May Not Know About Bangkok, Thailand

Bangkok is the capital and largest city of Thailand, known for its vibrant street life, ornate temples, and bustling markets, making it... Read More

Eat & Chill at The Five, Damansara

Eat & Chill at The Five, Damansara

The Five in Damansara is a vibrant culinary destination that promises to delight food lovers from all walks of life. Whether you... Read More

Join The Discussion

Search

July 2024

  • M
  • T
  • W
  • T
  • F
  • S
  • S
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31

August 2024

  • M
  • T
  • W
  • T
  • F
  • S
  • S
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31
Size
Price
Amenities
Search

July 2024

  • M
  • T
  • W
  • T
  • F
  • S
  • S
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31
0 Groups

Compare listings

Compare

Compare experiences

Compare