Taman Tugu: Syurga Alam Semula Jadi di Bandar Kuala Lumpur

Share this article on :

Terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, Taman Tugu ialah syurga kehijauan yang menjanjikan pengalaman menelusuri alam semula jadi yang indah dan mengagumkan. Jom kita mulakan perjalanan bersama-sama sambil mengetahui informasi penting sebelum berkunjung ke sini.

Taman Tugu telah ditubuhkan dengan visi untuk memulihara kawasan hutan hujan asli yang luas di sempadan bandar. Projek tersebut dimulakan oleh Khazanah Nasional Berhad dan telah dilancarkan secara rasmi pada 2018. Sejak itu, ia telah berkembang menjadi hutan simpan yang dihargai dan menggalakkan pendidikan alam sekitar serta dikenali sebagai tempat “healing” yang tenang untuk para pengunjung.

Terdapat beberapa cara untuk pergi ke Taman Tugu antaranya ialah dengan menaiki Komuter, LRT atau kereta. Stesen kereta api terdekat ialah stesen Bank Negara dan Masjid Jamek tetapi anda perlu berjalan kaki sekurang-kurangnya 30 minit di lebuh raya Kuala Lumpur yang sibuk sebelum sampai ke Taman Tugu. Oleh itu, anda digalakkan untuk menempah kereta sewa seperti Grab atau teksi dari stesen tersebut.

Kredit Gambar: The Perpetual Sunday (Laman Web)

Bagi yang memandu pula, tempat letak kereta adalah percuma di tapak parkir “Taman Tugu Nursery” dari jam 7.00 pagi hingga 6:30 petang. Pastikan anda keluar tepat pada masanya kerana anda akan dikenakan denda RM50 jika keluar selepas jam 6:30 petang. Jika penuh, anda boleh meletakkan kereta di Padang Merbok (5 minit berjalan kaki) dan Taman Tasik Perdana (15 minit berjalan kaki). 

Kemasukan ke Taman Tugu adalah percuma, tetapi anda dinasihatkan untuk menyemak laman web atau media sosial mereka untuk mengetahui sebarang maklumat terkini mengenai penutupan atau acara istimewa pada waktu-waktu tertentu.

Laman Instagram Taman Tugu : https://www.instagram.com/friendsoftamantugu/

Seperti yang dipromosikan dalam laman Instagram Taman Tugu, terdapat pelbagai aktiviti yang akan dijalankan pada bulan Jun, antaranya termasuk “Nature Education Programme”, “Aerodance” dan “Free Plant Giveaway”.

Laman Web Rasmi Taman Tugu : https://tamantugu.my/

Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke Taman Tugu, anda akan dibawa ke dunia yang penuh dengan keajaiban alam semula jadi. Mulakan perjalanan anda dari mana-mana denai yang diselenggara dengan baik dan rebutlah peluang untuk melihat berbagai-bagai jenis tumbuhan unik di sekitar kawasan hutan.

Rujukan : https://tamantugu.my/

Dengan merujuk peta Taman Tugu, ia menyediakan 5 jenis laluan yang merangkumi 4 laluan utama dan 1 laluan sekunder dan kesemuanya adalah lebih kurang 5km. Oleh itu, anda boleh memilih laluan yang sesuai dengan tahap fizikal dan masa anda.

Memandangkan Taman Tugu adalah sebuah hutan simpan, anda boleh memilih pakaian yang sesuai dengan aktiviti riadah seperti kasut yang mempunyai grip dan tidak licin, topi untuk mengelak matahari terik dan pelindung matahari (sunscreen) sebagai perlindungan tambahan. Rasai nikmat pengembaraan dan bawa kamera masing-masing untuk merakam keindahan yang terletak di Taman Tugu.

Rujukan :

Nike Jacket : https://www.lazada.sg/products/sweatshirt-windbreaker-jacket-hoodie-jacket-outdoor-jacket-outdoor-sunscreen-clo-i2869414861.html

Sunplay Ultra Shield Skin Protection : https://shopee.com.my/SUNPLAY-ULTRA-SHIELD-SPF130-PA-35G-OLD-%28EXP-03-2025%29-SPF-50-PA-130-35G-NEW-%28EXP-08-2026%29-i.43562783.2002429614

Bucket Hat : https://shopee.com.my/bucket-hat-Youth-Hip-Hop-Tide-Card-Embroidered-The-North-face-hat-for-men-fisherman-hat-for-women-i.240767193.15630248553

Saucony Peregrine 10 ST First : https://shopee.com.my/list/saucony/Peregrine

Unit Mekar di Regalia Suites : https://myrehat.com/listing/regalia-residences-mekar-studio/

Unit Dayang di Opus Residence : https://myrehat.com/listing/opus-residences-dayang-2/

Taman Tugu bukan sekadar taman biasa, ia menjadi satu kemestian untuk dilawati kerana alam semula jadinya yang unik di tengah-tengah hutan konkrit Kuala Lumpur. Tunggu apa lagi, bawa kamera anda dan bersedia untuk menambah pengalaman indah di ceruk yang penuh ketenangan ini! Sambil itu, layari www.myrehat.com untuk membuat tempahan penginapan dan dapatkan kod diskaun ekslusif dari kami.

Related posts

6 Petting Zoos in Klang Valley for a Fun Day Out with Your Kids

6 Petting Zoos in Klang Valley for a Fun Day Out with Your Kids

Looking for a fun and educational outing for your kids? Klang Valley has some fantastic petting zoos that are perfect for a... Read More

17 Facts You May Not Know About Bangkok, Thailand

Bangkok is the capital and largest city of Thailand, known for its vibrant street life, ornate temples, and bustling markets, making it... Read More

Eat & Chill at The Five, Damansara

Eat & Chill at The Five, Damansara

The Five in Damansara is a vibrant culinary destination that promises to delight food lovers from all walks of life. Whether you... Read More

Search

July 2024

  • M
  • T
  • W
  • T
  • F
  • S
  • S
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31

August 2024

  • M
  • T
  • W
  • T
  • F
  • S
  • S
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31
Size
Price
Amenities
Search

July 2024

  • M
  • T
  • W
  • T
  • F
  • S
  • S
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31
0 Groups

Compare listings

Compare

Compare experiences

Compare