“Tiket penerbangan – dah, penginapan – dah, baju, kasut, cermin mata, sudah…insurans perjalanan, hmm mungkin tak perlu. Jom!”
Pernahkan anda berfikir sedemikian? Adakah anda salah seorang yang cenderung mengabaikan pembelian insurans perjalanan setiap kali merancang percutian?
Bagi kebanyakan orang, insurans perjalanan dianggap sebagai pilihan apabila ia sepatutnya menjadi kepentingan dalam perancangan perjalanan anda. Bagaimanakah insurans perjalanan dapat menambahbaik dan melindungi anda? Mari ketahui lebih lanjut.
- Perlindungan daripada kerugian
Tiada seorang pun daripada kita yang mengharapkan sebarang kesulitan sama ada besar atau kecil untuk berlaku sepanjang perjalanan, namun kita tidak dapat mengawal perkara yang tidak dijangka. Insurans perjalanan meliputi perlindungan terhadap beberapa kerugian seperti kehilangan bagasi, pembatalan perjalanan, evakuasi kecemasan dan kemalangan lain.
Sebagai contoh, apabila penerbangan anda ditangguhkan atau dibatalkan, anda mungkin memerlukan tempat perlindungan atau istirahat sementara, makanan dan pengangkutan. Memiliki insurans perjalanan membolehkan anda membuat tuntutan terhadap perbelanjaan tidak dijangka ini.
Bagi masalah bagasi yang hilang atau dicuri, insurans perjalanan boleh memberikan bayaran balik bagi barang-barang yang hilang atau perbelanjaan tambahan sementara syarikat penerbangan cuba menjejaki bagasi anda. Sekurang-kurangnya, anda tidak perlu risau tentang kehilangan lebih banyak wang ketika ditimpa malang.
- Perlindungan kecemasan dan perubatan
Sekali lagi, tiada sesiapa yang mahu sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku semasa melancong terutama yang berkaitan dengan perubatan. Bayangkan jika anda memerlukan kenderaan kecemasan untuk mendapatkan bantuan perubatan, atau jika anda cedera dalam kemalangan di luar negara dan bil perubatan pula melebihi kemampuan kewangan anda, pasti anda bersyukur kerana telah melabur dalam insurans perjalanan awal-awal lagi.
Perbelanjaan perubatan anda (atau sebahagian daripadanya) yang ditanggung adalah salah satu sebab terbaik untuk mendapatkan insurans perjalanan. Elak menjadi lebih sakit hati apabila menguruskan bil hospital anda nanti.
Antara salah satu pengalaman pahit berkaitan insurans perjalanan oleh Pengasas MyRehat, Zainal Zikri, beliau mengalami kemalangan di Koh Samui, Thailand pada 2018. Beliau mengalami kecederaan pada wajah dan kaki daripada episod malang itu. Berkat perlindungan insurans perjalanan yang diambil serendah RM49, bil hospital yang melebihi RM2000 telah ditanggung sepenuhnya. Apabila beliau kembali ke Malaysia, sebuah pembedahan perlu dijalankan dan ia turut ditanggung oleh insurans perubatan beliau.
Walaupun insurans bukan aset ketara (tangible asset) dan kebanyakan daripada kita tidak akan menuntutnya (harap-harap tidak perlu dituntut langsung), ia adalah sebahagian penting dalam perlindungan peribadi dan kewangan kita yang boleh membantu menyelamatkan kita di kemudian hari.
- Perlindungan terhadap perubahan pada itinerari anda
Kadangkala, perubahan atau pengubaisuaian boleh terjadi sebelum perjalanan anda dan anda perlu membuat pelbagai penyesuaian baharu. Sebagai contoh, rakan perjalanan anda mungkin tiba-tiba jatuh sakit dan anda perlu membatalkan tiket dan hotel mereka. Memiliki insurans perjalanan membolehkan anda menuntut manfaat pembatalan atas sebab-sebab tertentu.
Tambahan pula, insurans perjalanan boleh melindungi anda daripada keadaan yang tidak dijangka seperti penutupan agensi pelancongan yang anda sertai atau bencana alam yang memberi kesan kepada perjalanan anda. Bayangkan jika anda tidak mempunyai insurans dan anda terpaksa menangguhkan perjalanan atau yang lebih teruk lagi, menanggung semua kerugian sepenuhnya?
Oleh yang demikan, sudah tentunya anda harus mengkaji dan membuat perbandingan antara beberapa pilihan insurans perjalanan bagi memastikan anda mendapat perlindungan yang sesuai dengan bajet dan tujuan anda. Pastikan anda menyemak pengecualian setiap pelan insurans dan jelas tentang apa yang dilindungi dan apa yang TIDAK.
Berikut adalah beberapa perkara/peristiwa yang mungkin tidak dilindungi oleh insurans perjalanan:
Kesimpulannya, anda boleh mulakan kajian atau ‘survey’ terhadap pelbagai jenis insurans perjalanan sebelum memulakan percutian yang seterusnya. Jika masih belum memiliki insurans perjalanan, pastikan anda membuat perbandingan berkaitan perlindungan yang ditawarkan dan masukkan dalam bajet anda. Anda juga digalakkan untuk menyemak dengan syarikat insurans/takaful dan ejen sekiranya terdapat sebarang kekeliruan. Tanya seberapa banyak soalan yang mungkin sehingga anda mendapat kepastian dan penjelasan yang sewajarnya. Jangan membeli secara terpaksa sehingga melebihi kemampuan anda.
Ini merupakan pelaburan kecil untuk pulangan besar iaitu kebahagiaan dan keselamatan anda semasa bercuti. Lagipun, bukankah percutian memang sebuah ‘pelaburan’ yang patut menggembirakan? Jadi, jangan susahkan fikiran dan hati anda dan melanconglah dengan tenang.
Layari www.policystreet.com untuk mendapatkan insurans perjalanan yang anda perlukan.