7 Tip yang Disahkan oleh Para Ibu Bapa tentang Percutian dengan Anak Kecil

Share this article on :

Melancong bersama keluarga dengan membawa anak-anak kecil boleh menjadi pengalaman yang menyenangkan dan mendebarkan pada masa yang sama. Pengurusan logistik perjalanan yang perlu mengambil kira keselesaan dan kebahagiaan anak kecil anda boleh menjadi sesuatu yang rumit, terutama bagi ibu bapa baharu atau mereka yang melancong jauh buat pertama kali dengan anak-anak. Jangan bimbang, ramai ibu bapa lain telah melalui pengalaman ini sebelum anda!

Berikut adalah tujuh tip yang akan mengubah perjalanan anda menjadi percutian yang menyeronokkan untuk seluruh keluarga.

  1. Bawa kereta sorong ringkas

Kereta sorong perjalanan yang ringkas atau ‘compact stroller’ boleh menjadi kawan baik anda ketika membawa anak kecil. Pilih kereta sorong yang ringan, mudah dilipat dan sesuai dengan pelan perjalanan.

Dari lapangan terbang yang sibuk hingga ke jalan berliku di destinasi baharu, kereta sorong yang mesra perjalanan memastikan si kecil menyertai pengembaraan dengan selesa tanpa menambah beban dalam perjalanan anda. Ia bukan sahaja menyediakan tempat bertenggek yang selesa untuk kaki kecil yang letih, tetapi juga memudahkan logistik meneroka pelbagai tarikan.

  • Cadangan kereta sorong yang popular:

Joie Pact Stroller

(Sumber : Safe ‘n Sound)

Mamakiddies Compact Baby Stroller
(Sumber : Mamakiddies)

Babyzen Yoyo
( Sumber : Bebehaus)

Koopers Kabina
( Sumber : Koopers)

Evenflo Aero Ultra-Lightweight Stroller
( Sumber : Evenflo)

  1. Tempah tempat duduk di sebelah tingkap

Memilih tempat duduk di sebelah tingkap boleh memberi perbezaan yang ketara dalam keselesaan anak dan ketenangan anda. Tempat duduk di sebelah tingkap memberi rasa lebih selamat dan memudahkan anda menumpukan perhatian kepada anak. Ia turut membolehkan si kecil melihat pemandangan luar dan mengurangkan keinginan untuk berjalan di lorong.

Pilihan ini juga membolehkan anda mencipta ruang selesa untuk anak berehat atau tidur serta menyibukkan diri mereka dengan aktiviti seperti stiker dan mainan.


( Sumber : Pinterest @Amber Fillerup)

Tambahan lagi, tempat duduk sebelah tingkap memberi anda lebih kawalan ke atas tirai tingkap dan pencahayaan. Anda boleh melaraskan persekitaran mengikut keperluan anak   sama ada memalapkan cahaya untuk tidur atau mencerahkannya untuk bermain.

  1. Bawa bekalan snek kegemaran

Bekalkan pelbagai snek kegemaran anak anda yang mudah dimakan seperti jejari dan biskut untuk mengatasi rasa lapar serta mengekalkan kebiasaan seperti yang didapati di rumah.

(Sumber : Sunshineandholly)

Contohnya, anda boleh membawa keropok yang mereka sukai, stik keju atau sandwic mini asalkan terdapat beberapa pilihan menarik. Hal ini dapat memastikan anda bersedia untuk saat-saat yang tidak dapat dielakkan ketika lapar dan tiada makanan berat. Ia turut membantu mengekalkan tenaga dan pengalih perhatian semasa kelewatan perjalanan atau kebosanan.

Jadikan waktu snek sebahagian daripada masa yang menyeronokkan dalam perjalanan untuk anda dan si kecil.

  1. Muat turun rancangan kegemaran mereka

Ketika percutian seisi keluarga, fleksibiliti adalah kuncinya, dan ini termasuklah memikirkan semula peraturan masa skrin. Memuat turun rancangan atau filem kegemaran anak anda ke tablet atau peranti elektronik boleh menjadi langkah strategik untuk memastikan mereka terhibur sepanjang perjalanan.

Selain penerbangan jarak jauh, masa membeli-belah dan menunggu di terminal menjadi lebih mudah diurus apabila anak anda mempunyai tontonan yang disukai di hujung jari mereka. Oleh itu, lupakan rutin tanpa skrin buat sementara waktu dan anggap ia sebagai langkah praktikal untuk memastikan pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan menyeronokkan untuk semua orang.

Lebih penting lagi, pastikan semua peranti dicaj dan sediakan pengecas anda sebelum bateri habis. Elakkan sebarang kemelut yang disebabkan oleh insiden bateri lemah!

  1. Bawa ubat-ubatan

Dalam perjalanan yang tidak menentu, masalah kesihatan boleh timbul pada bila-bila masa. Jadi, penting sekali untuk anda membawa sebarang ubat yang ditetapkan oleh pakar pediatrik anak anda.

Jadilah proaktif dan pastikan anda mempunyai bekalan ubat-ubatan yang mencukupi, termasuk ubat demam dan bantuan alahan. Ini bukan sahaja melindungi kesihatan anak tetapi memberi anda ketenangan fikiran jika menghadapi masalah yang tidak diduga. Ketika kecemasan, anda boleh menunjukkan ubat anak kepada doktor di klinik atau hospital asing. 

  1. Bawa teman tidur anak anda dari rumah

Wujudkan persekitaran tidur yang biasa dan selesa untuk anak anda semasa bercuti kerana ia boleh menyumbang kepada perjalanan yang lebih lancar. Bawa barang kesayangan sama ada beruang teddy kegemaran, selimut yang selesa atau apa-apa keperluan waktu tidur lain yang anak anda suka.

Mempunyai item yang dikenali ini boleh memberikan rasa selamat dan rutin, membantu si kecil berehat dan menyesuaikan diri dalam persekitaran yang tidak dikenali. Sama ada anda berada di dalam pesawat, di bilik hotel atau di rumah saudara mara, kehadiran item keselesaan boleh membuat peralihan tidur menjadi lebih lancar dan mengurangkan sebarang kegelisahan di persekitaran baharu.

Oleh itu, jangan lupa untuk menyusupkan teman tidur istimewa itu ke dalam beg anda — mungkin ia adalah kunci untuk memastikan tidur yang tenang buat anda dan anak.

  1. Pilih penginapan dengan perkhidmatan dobi

Salah satu langkah paling bijak apabila melancong dengan anak-anak kecil adalah memilih penginapan yang dilengkapi dengan perkhidmatan dobi atau terletak berhampiran kedai dobi. Seperti yang telah dibuktikan oleh ibu bapa lain, keperluan untuk pakaian bersih boleh timbul secara tidak dijangka dan kerap. Dengan memilih penginapan yang ada kemudahan dobi, anda bukan sahaja meringankan beban mengemas malah tidak perlu risau jika tidak cukup pakaian.

Untuk menambahkan kemudahan anda, penginapan MyRehat menyediakan mesin basuh di unit terpilih dan ia terbukti menjadikan percutian anda sekeluarga lebih senang dan lancar.


(Mawar @ STAR Residences by MyRehat)


(Warisan @ Opus Residences by MyRehat)


(Changkat @ Ramada Suites by MyRehat)

Kesimpulannya, merancang perjalanan bersama anak kecil memerlukan persediaan yang unik, kebolehsuaian dan sentuhan kreativiti. Petua-petua yang disahkan oleh para ibu bapa ini boleh dijadikan sebagai kompas yang membimbing anda melalui perjalanan yang menuntut keselesaan dan kebahagiaan anak-anak anda.

Ingat bahawa fleksibiliti sentiasa menjadi kunci. Intipati sebenar sebuah percutian bukan hanya terletak pada destinasi tetapi pada detik-detik bersama, gelak tawa dan pengalaman berharga di sepanjang perjalanan.

Untuk percutian anda yang seterusnya, tempah penginapan dengan kami di www.myrehat.com demi keselesaan sekeluarga. MyRehat mahu percutian keluarga anda dipenuhi dengan kenangan yang indah, sebagaimana kami fokuskan untuk semua tetamu kami!

MUAT TURUN CARTA INI & ISI AKTIVITI YANG PERLU DIBUAT ATAU BARANG YANG PERLU DIBAWA UNTUK SI KECIL ANDA

Contoh:

Related posts

Kepentingan Insurans Perjalanan yang Sering Kali Diabaikan

Kepentingan Insurans Perjalanan yang Sering Kali Diabaikan

“Tiket penerbangan – dah, penginapan – dah, baju, kasut, cermin mata, sudah…insurans perjalanan, hmm mungkin tak perlu. Jom!” Pernahkan anda berfikir sedemikian?... Read More

8 Apps to Compare and Buy Flight Tickets

8 Apps to Compare and Buy Flight Tickets

In the fast-paced era of modern travel, where convenience and efficiency are paramount, finding the best deals on flight tickets is essential... Read More

Pengalaman Bercuti Seminggu di Taiwan

Artikel ini mengandungi pengalaman peribadi dan perkongsian santai oleh Nabihah (@nabihahash). Siapa sangka negara Taiwan begitu mesra pelancong Muslim? Taiwan merupakan destinasi... Read More

Search

April 2024

  • M
  • T
  • W
  • T
  • F
  • S
  • S
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30

May 2024

  • M
  • T
  • W
  • T
  • F
  • S
  • S
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31
0 Adults
Size
Price
Amenities
Search

April 2024

  • M
  • T
  • W
  • T
  • F
  • S
  • S
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
0 Groups

Compare listings

Compare

Compare experiences

Compare