8 Family-friendly Christmas Activities in Klang Valley & Penang
- December 20, 2024
- Places to Explore
Christmas is the season of joy, love and togetherness, and what better way to celebrate than by creating cherished memories with your... Read More
(Bahagian 2) Pengalaman Bercuti ke 5 Negara Balkan
Â
Ini adalah sambungan bagi perkongsian oleh Encik Fadhil berdasarkan pengalaman indah beliau di Istanbul, Sofia, Skopje, Prizren dan Tirana.
Hari 5
Seawal jam 9:00 pagi, saya check-out untuk berjalan-jalan di sekitar Prizren selepas bersarapan di hostel. Antara lokasi yang saya sempat lawati ialah Stone Bridge, Sinan Pasha Mosque, Kalaja Fortress dan Lovers Locks.
Pukul 3:30 petang, saya bergerak menaiki bas ke Tirana Albania dan tiba pada pukul 7:00 malam. Saya hanya berjalan kaki ke Hostel yang terletak tidak jauh dari stesen bas.
Hari 6
Saya berkunjung ke Tirana Downtown, The Clock Tower, Skanderbeg Square, Et’hem Ben Mosque, Pyramid of Tirana dan New Bazaar. Pada jam 12:30 tengah hari, saya menuju ke Lapangan Terbang Tirana untuk meneruskan perjalanan ke Istanbul, Turki.
Setelah melalui proses imigresen dan kastam, saya menaiki Havabus dari Airport SAW ke Taksimdan dengan tambang sebanyak 125 Lira seorang. Setelah tiba, saya menaiki Metro ke Hotel yang ditempah di Istanbul.
Â
Â
Hari 7
Pukul 6:00 pagi, saya bergerak menaiki Tram dan Metro ke Esenler Otogari untuk menaiki bas ke Bursa, Turki. Tiket saya beli di kaunter pada harga 250 Lira dan bas bergerak pada jam 8:00 pagi.
Setibanya di stesen bas Bursa pada 12:00 tengah hari, saya menuju ke destinasi seterusnya iaitu Mount Uludaq dengan menaiki van mini yang berharga 200 Lira pergi dan balik.
Hari 8
Pada hari terakhir di Istanbul ini, saya sempat pergi ke Karakoy, Balat/Fener, Pasar ikan (kebab ikan sedap), Desen Bazaar, Taksim dan Hagia Sofia dengan hanya menaiki Tram.
Saya berpeluang menunaikan solat Jumaat di Hagia Sophia dan makan di restoran Nur Malaysia. Saya banyak menghabiskan masa berjalan-jalan di Istanbul sebelum beransur menaiki bas ke Istanbul Sabiha Gokcen International Airport (SAW). Penerbangan pulang saya pukul 12:05 pagi dan selamat tiba di KLIA pada pukul 3:55 petang keesokan harinya.
Â
Ringkasan Bajet
PENGINAPAN (JUMLAH = RM485.65)
◦ Stay Inn Taksim Hostel €11.15 = RM56.64
◦ Like Home Guest Rooms BGN40 / €20.45 = RM103.91
◦ Ura Hostel €14.48 = RM73.55
◦ Hotel Driti €19.28 = RM97.94
◦ Ferah Hotel €30.24 = RM153.61
PENGANGKUTAN (JUMLAH = RM692.84)
â—¦ Bas Esenler Otogari (bus station) > Sofia, Bulgaria TL1,000 = RM150
◦ Bas Sofia, Bulgaria ke Skopje, Macedonia €28 = RM142.24
◦ Bas Skopje, Macedonia ke Prizren, Kosovo €9.9 = RM50.29
◦ Bas Prizren, Kosovo ke Tirana, Albania €16.4 = RM83.31
â—¦ Flight Tirana, Albania ke Sabiha Gokcen, Istanbul = RM267
LAIN-LAIN (JUMLAH)
â—¦ Flight Kul – Saw – Kul (Batik Air / include 20kg luggage / Vakatrip) RM1,412.00
â—¦ Inflight Meal RM52.27
â—¦ Etiqa 360 Travel Insurance RM104.25
â—¦ Simcard Turkiye RM57.90
â—¦ Simcard Bulgaria & Albania RM57.70
◦ Wise €70 = RM355.60
â—¦ Wise TL3,000 = RM450
â—¦ JUMLAH = RM2,489.72
JUMLAH KESELURUHAN = RM3,668.21
Menarik bukan? Perkongsian Encik Fadhil yang indah melintasi beberapa destinasi menarik di Eropah Timur. Jika anda berpeluang ke negara-negara Balkan, ambillah peluang untuk menelusuri keindahan budaya, sejarah dan kuliner mereka dan membuka minda untuk menghayati kecantikan dunia.
Jika anda terlepas Bahagian 1 artikel ini, klik pautan ini (insert article link) untuk mendapatkan idea percutian ke Turki, Bulgaria, Macedonia, Kosovo dan Albania!
Untuk inspirasi percutian ke negara-negara lain, layari myrehat.com/cerita/
Ini adalah sambungan bagi perkongsian oleh Encik Fadhil berdasarkan pengalaman indah beliau di Istanbul, Sofia, Skopje, Prizren dan Tirana.