Pengalaman Bercuti ke 5 Negara Balkan

Share this article on :

(Bahagian 1) Pengalaman Bercuti ke 5 Negara Balkan

Artikel ini mengandungi pengalaman dan perkongsian peribadi oleh Encik Fadhil di Istanbul, Sofia, Skopje, Prizren dan Tirana.

Hari 1

Saya menaiki penerbangan Batik Air dari KLIA ke Istanbul Sabiha Gokcen International Airport (SAW) pada 3:50 petang. Penerbangan memakan waktu 10 jam 50 minit sebelum tiba di Istanbul padal 10:30 malam waktu Turki. Setibanya di SAW, pesawat disambut dengan water cannon dan kami disambut oleh staf Batik Air di balai ketibaan.

Setelah melewati imigrasi dan kastam, saya naik Havabus dari SAW ke Taksim selama 1 jam. Tambang bas 125 Lira seorang dapat dibeli di dalam bas atau menggunakan kad Istanbul, debit atau kredit dengan logo Mastercard. Setelah sampai di Taksim, saya berjalan kaki dalam lebih kurang 500 meter ke Hostel.

 

Hari 2

Seawal 9:00 pagi, saya check-out dan simpan beg di area Taksim selama 5 hari dan dikenakan caj 400 Lira. Selepas bersarapan di kawasan Taksim, saya bercadang untuk berjalan-jalan di sekitar Istanbul antaranya Spice Bazaar, Grand Bazaar, Egypt Bazaar, Hagia Sophia dan Beyazit.

Pukul 6:30 petang, saya naik Tram dan Metro dari Istanbul ke Esenler Otogari, stesen bas Istanbul, untuk menaiki bas jam 9:00 malam ke Sofia, Bulgaria. Perjalanan dari Istanbul ke Sofia memakan waktu sekitar 9 jam. Pukul 1:00 pagi, kami tiba di sempadan Bulgaria di mana semua penumpang diminta turun dari bas untuk proses imigresen dan kastam. Setelah selesai, kami kembali melanjutkan perjalanan dan tiba di stesen bas Bulgaria pukul 5:30 pagi. Kami sempat beristirahat sebentar di stesen keretapi berdekatan sementara menunggu matahari terbit.

Tram, Istanbul
Gambar dalam Blue Mosque, Istanbul
Egypt Bazaar, Istanbul
Eminonu, Istanbul
Bazaar Kawasan luar Spice Bazaar, Istanbul

 

 

Hari 3

Sementara menunggu waktu check-in di penginapan seterusnya, saya bersiar-siar di sekitar Sofia termasuk Vitosha Boulevard, Lions Bridge, City Garden, Regional History Museum dan St. Alexander Nevsky.

Di Sofia saya hanya berjalan kaki sahaja untuk pergi ke tempat-tempat yang dilawati kerana lokasinya berdekatan atau menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan tram. Makanan halal juga senang dijumpai kerana kebanyakan restoran menawarkan masakan Turki.

Pukul 2:00 petang, saya menuju ke Hostel yang tidak jauh dari stesen bas Sofia. Sebelum itu saya siap-siap membungkus makan malam kerana saya bercadang untuk berehat di bilik sahaja.

Tram, Sofia
Vitosha Boulevard, Sofia
Street Sofia, Bulgaria
Lions Brige lokasi filem Dilvale
City Garden, Sofia
Old Tram, Sofia Bulgaria

 

 

Hari 4

Seawal 6:00 pagi, saya check-out dari tempat penginapan dan berjalan kaki ke stesen bas Sofia, Bulgaria untuk menaiki van mini ke Skopje, Macedonia pada jam 7:00 pagi, Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 4 jam 30 minit.

Seperti biasa tiba di sempadan Macedonia, semua penumpang diminta turun untuk proses melalui imigresen dan kastam. Pukul 11:00 pagi, saya tiba di Skopje namun saya cuma transit sahaja dan ada masa lebih kurang 5 jam untuk berjalan-jalan di sekitar bandar sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Antara tempat yang saya sempat lawati ialah Macedonia Square, Old Bazaar, Archaeological Museum of Macedonia dan Bridge of Givilization. Makanan halal senang didapati di sini. Pukul 4:00 petang, saya menaiki bas ke Prizren Kosovo dan tiba di stesen bas Prizren pada 7:30 malam.

 

Jalan menuju ke Old Bazaar, Skopje
Old Bazaar, Skopje
Sekitar Kawasan Old Bazaar, Skopje
Bas seakan di London, Skopje

Nak tahu itinerari selanjutnya dan ringkasan bajet yang amat berpatutan sepanjang percutian ini? Rujuk artikel ini pada Bahagian 2 di Bercuti ke Balkan ( Bahagian 2 ).

 

 

Related posts

A Blissful Day Trip to Pulau Kapas, Terengganu

A Blissful Day Trip to Pulau Kapas, Terengganu

As the first light of dawn began to stretch across the sky, painting it in hues of pink and gold, I felt... Read More

Discover the Unspoiled Beauty of Pulau Besar, Johor

Discover the Unspoiled Beauty of Pulau Besar, Johor

If you are craving a slice of paradise where turquoise waters meet lush landscapes, look no further than Pulau Besar. Nestled off... Read More

Chasing Waterfalls in Thailand’s Isaan Region

When most travellers think of Thailand, images of pristine beaches and bustling Bangkok streets come to mind. But tucked away in the... Read More

Search

October 2024

  • M
  • T
  • W
  • T
  • F
  • S
  • S
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31

November 2024

  • M
  • T
  • W
  • T
  • F
  • S
  • S
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
Size
Price
Amenities
Search

October 2024

  • M
  • T
  • W
  • T
  • F
  • S
  • S
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31
0 Groups

Compare listings

Compare

Compare experiences

Compare