Bazaar Ramadan TTDI: Pesta Makanan yang Membuat Anda Berselera Serta-merta!

Share this article on :

Bazaar Ramadan TTDI: Pesta Makanan yang Membuat Anda Berselera Serta-merta!

Sedar tak sedar, bulan Ramadan hampir tiba ke penghujungnya. Ada kurang daripada 10 hari lagi untuk kita berpuasa dan menikmati juadah berbuka di bazaar yang penuh kemeriahan. Antaranya ialah Bazaar TTDI yang menonjol setiap tahun kerana ia terkenal dengan pilihan makanan unik dan memikat selera serta sering dikunjungi tokoh masyarakat dan selebriti.  Walaupun Bazaar TTDI dikatakan bazaar yang paling ‘kayangan’, namun ia tidak mengecewakan para pengunjung dari tahun ke tahun.

Cara nak pergi

  • Memandu

Akses mudah melalui Lebuhraya SPRINT atau LDP. Ikuti tanda jalan ke TTDI dan temui bazaar di dalam kerumunan pada waktu petang. Cari “McDonald’s TTDI” dalam Waze atau Google Maps.

  • Pengangkutan awam

Anda boleh berhenti di Stesen MRT Taman Tun Dr Ismail yang jaraknya lebih kurang 10 minit berjalan kaki ke bazaar. Lebih mudah lagi, ambil perkhidmatan Grab untuk sampai ke destinasi dengan lebih pantas.

(Sumber: klia2.info)

Sebaik sahaja anda memasuki kawasan bazaar, aroma makanan yang memikat, atmosfera gerai yang meriah dan perbualan rancak penjual dan pengunjung serta-merta mewujudkan suasana yang menggembirakan yang menggoda.

Hidangan menyelerakan yang menanti anda

  1. Briyani Lamb Shank

Antara salah satu hidangan yang paling dicari di bazaar, Briyani Lamb Shank menggabungkan kesegaran nasi basmati dengan kaki kambing yang dimasak dengan sempurna. Setiap suapan adalah satu kombinasi rasa yang kaya dengan tekstur yang amat lembut. Sungguhpun harga hidangan ini agak mahal daripada lauk briyani biasa, anda tidak akan menyesali kelazatan rempah yang meresap ke dalam daging kambing ‘juicy’.


(Sumber: Youtube MyMakan TV)

  1. Shawarma Grill

Hidangan yang memadukan cita rasa Malaysia dan Timur Tengah, daging panggang yang disajikan dalam roti lembut dengan sayuran segar dan sos berperisa. Rasa uniknya serta tekstur yang padu menjadikan gerai Shawarma Grill sebagai pilihan yang tidak boleh dilepaskan.

  1. Karipap Gergasi

Sinonim dengan saiznya, karipap besar dengan inti kentang dan daging yang berempah ini memberi kepuasan dalam setiap suapan. Kulit karipap yang rangup serta rasa rempah yang seimbang membuatkan hidangan ini menjadi kegemaran pengunjung, terutama yang suka menikmati kuih ‘savoury’.

  1. Ayam panggang

Ayam panggang yang ‘juicy’ dengan rempah yang meresap ini juga merupakan pilihan yang popular. Aroma harum dari proses memanggang serta kelembutan daging ayam membuatkan penggemar protein ini beratur untuk mendapatkannya sebagai salah satu juadah utama berbuka puasa.

  1. Hardcore Burger

Burger berukuran besar dengan kombinasi daging, rempah, keju Cheddar dan Mozzarella serta pelbagai ‘garnish’ lain, memberikan kenikmatan yang tiada tandingannya. Setiap gigitan ke dalam burger ini betul-betul membahagiakan ditambah dengan rasa yang padu dan tekstur yang sempurna, Ia sememangnya salah satu pilihan terbaik untuk mereka yang menggemari makanan barat.


(Sumber: Youtube Best Food Malaysia)

Anda boleh datang seawal 3 petang untuk jalan-jalan melihat pilihan yang memikat selera sebelum membuat keputusan untuk membeli juadah berbuka puasa. Kebiasaannya, bazaar Ramadan tutup pada jam 7 malam, jadi pastikan anda datang sekurang-kurangnya sejam sebelum untuk mengelakkan kehampaan jika makanan habis.

Pilihan penginapan 

Untuk kemudahan dan keselesaan, anda boleh menempah penginapan mesra Muslim MyRehat yang terletak berdekatan dengan Bazaar TTDI iaitu Tropics Condominium, berjarak 5 minit sahaja jika memandu.  Kami menyediakan kutleri dan peralatan makanan percuma sepanjang bulan Ramadan ini untuk kemudahan berbuka puasa bersama seisi keluarga. Tambahan pula, unit penginapan kami dilengkapi dengan sejadah, Al-Quran dan arah kiblat beserta kelengkapan moden yang lain.

Jangan lepaskan peluang untuk merasai juadah hebat di Bazaar Ramadan TTDI dan penginapan yang lengkap dengan pelbagai ameniti untuk keperluan anda.

Jom, ajak keluarga dan rakan-rakan untuk menempah di www.myrehat.com. Diskaun Istimewa menanti anda!

Related posts

Explore Bangkok: Khaosan and Bangkoknoi Edition

Khaosan Road and the Bangkoknoi area offer a fascinating blend of the old and the new, capturing the essence of Bangkok’s vibrant... Read More

Malaysia's Top Picks for Kuih Raya

Malaysia’s Top Picks for Kuih Raya

Every year starting from Ramadan month, households across the country are abuzz with preparations for Hari Raya Aidilfitri. Central to this celebration... Read More

Explore 5 MyRehat accommodations below RM400/night

Embarking on a journey of exploration, finding comfort and solace in the heart of Malaysia, beckons travellers to uncover hidden gems in... Read More

Search

May 2024

  • M
  • T
  • W
  • T
  • F
  • S
  • S
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31

June 2024

  • M
  • T
  • W
  • T
  • F
  • S
  • S
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
0 Adults
Size
Price
Amenities
Search

May 2024

  • M
  • T
  • W
  • T
  • F
  • S
  • S
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31
0 Groups

Compare listings

Compare

Compare experiences

Compare