8 Family-friendly Christmas Activities in Klang Valley & Penang
- December 20, 2024
- Places to Explore
Christmas is the season of joy, love and togetherness, and what better way to celebrate than by creating cherished memories with your... Read More
Setiap tahun, Bazaar Ramadan Bukit Bintang menjadi titik tumpuan bagi penduduk tempatan dan pelancong yang ingin merasai kepelbagaian hidangan tradisional Malaysia. Terletak di tengah-tengah kesibukan Segitiga Emas Kuala Lumpur, bazaar ini menawarkan pelbagai hidangan yang memukau selera makan setiap orang.
Memandangkan malam tujuh likur pun bakal tiba menandakan pengakhiran bulan puasa tidak lama lagi, jom lihat apa yang tersedia di bazaar ini.
Cara nak pergi
Melalui lebuhraya yang menembusi Jalan Sultan Ismail atau Jalan Pudu, terdapat beberapa tempat letak kereta awam di sekitar kawasan bazaar seperti di Berjaya Times Square, Pavilion Kuala Lumpur atau Lot 10. Lebih mudah lagi, cari “McDonald’s Bukit Bintang” dalam Waze atau Google Maps.
Anda boleh berhenti di Stesen MRT atau Monorel Bukit Bintang kemudian berjalan kaki ke bazaar dalam beberapa minit sahaja.
(Sumber: klia2.info)
Anda pasti tidak akan terlepas untuk menjejaki bazaar ini kerana ia terletak di persimpangan berdekatan dengan McDonald’s yang terkenal sebagai tanda tempat (landmark) di Bukit Bintang.
Juadah ikonik pilihan ramai
1. Roti John
Roti lapis yang diisi dengan telur, daging cincang, bawang besar, cili dan sos, kemudian digoreng hingga garing. Ia mempunyai tekstur yang rangup di luar dan lembut di dalam, menjadikannya pilihan utama para pengunjung setiap tahun. Yang paling menarik, bazaar ini mempunyai beberapa gerai yang menjual Roti John. Pilih kesukaan anda sama ada ayam, daging atau campur!
2. Aneka jus penghilang dahaga
Dalam keadaan cuaca panas dan berpuasa, penghilang dahaga (thirst quencher) seperti jus buah-buahan dan pelbagai air berperisa yang sejuk melengkapkan lagi juadah berbuka. Minuman sejuk dan menyegarkan seperti air limau asam boi atau air tebu akan membantu melegakan dahaga serta memberikan kepuasan kepada tekak yang kering.
(Sumber: Instagram @zulfadlizainol)
3. Nasi Lemak berlauk
Mana mungkin anda mahu terlepas untuk mencuba hidangan kegemaran rakyat Malaysia ini. Bayangkan nasi lemak yang wangi dan disajikan dengan sambal pedas, telur rebus, ikan bilis yang rangup serta kacang tanah yang garing. Ditambah pula dengan rempah dan aroma santan yang harum, anda boleh memilih lauk-lauk lain untuk melengkapkan hidangan yang sedap dimakan panas-panas ini.
4. Nasi campur
Tidak asing lagi dipilih sebagai juadah utama untuk berbuka, nasi campur beraneka lauk turut memenangi cita rasa ramai pengunjung. Penggemar nasi boleh memilih pelbagai lauk-pauk seperti ayam goreng, rendang, daging masak kicap, ikan bakar, gulai atau sayur-sayuran tumis dan berkuah. Dengan kombinasi pelbagai rasa dan tekstur, nasi campur di bazaar ini pasti memuaskan selera anda.
5. Kuih-muih tradisional
Bazaar ini menawarkan pelbagai jenis kuih tradisional Melayu yang pasti memikat selera pencinta manisan. Kuih cara manis, dengan tekstur lembutnya serta gula melakanya cair seperti karamel merupakan salah satu pilihan terbaik bagi sesiapa yang mencari manisan tradisional yang autentik.
(Sumber: rasa.my)
(Sumber: Traveloka)
Anda boleh datang seawal 4 petang untuk melihat pilihan yang memikat selera sebelum membuat keputusan untuk membeli juadah yang diinginkan. Namun anda dinasihatkan agar memeriksa waktu operasi pada hari-hari tertentu kerana ia kadangkala berubah mengikut keadaan. Pada hujung minggu dan hari-hari terakhir menjelang Hari Raya pula, anda disarankan untuk datang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan.
Pilihan penginapan
Untuk kemudahan dan keselesaan, anda boleh menempah penginapan MyRehat yang terletak berdekatan dengan Bazaar Bukit Bintang iaitu Ramada Suites, berjarak beberapa tapak sahaja dengan perjalanan lebih kurang 5 minit.
Kami menyediakan kutleri dan peralatan makanan percuma sepanjang bulan Ramadan ini untuk kemudahan berbuka puasa bersama seisi keluarga.
Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman gastronomi yang unik di tengah-tengah kesibukan bandaraya Kuala Lumpur dan penginapan yang lengkap dengan pelbagai ameniti untuk keperluan anda.
Buat tempahan di www.myrehat.com sekarang kerana diskaun istimewa menanti anda!