10 Must-try Fruits of Malaysia! (Part 2)
- January 20, 2025
- Food & Culture, Guide
Malaysia isn’t done wowing you yet! Beyond the Durians and Mangosteens, the tropical treasure chest is still brimming with fruits that are... Read More
Malaysia terkenal sebagai destinasi yang kaya dengan budaya, seni dan warisan Islam. Seni kesenian Islam di negara ini mencerminkan keindahan kreativiti manusia yang berpaksikan nilai-nilai spiritual dan sejarah Islam. Jika anda ingin mendalami keunikan seni ini, jom kita teroka beberapa destinasi yang patut masuk dalam senarai anda!
1. Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur
Terletak berhampiran Masjid Negara, muzium ini menempatkan lebih 7,000 artifak seni Islam dari seluruh dunia. Anda boleh melihat koleksi unik seperti manuskrip al-Quran, seni seramik, tekstil, dan macam-macam lagi. Muzium ini turut menampilkan model masjid-masjid terkenal seperti Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Rekaan dalaman muzium ini sendiri menggambarkan seni bina Islam yang menenangkan.
Cara ke sana:
Tip:
2. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Digelar Masjid Biru, keindahan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah memukau setiap pengunjung dengan kubah biru yang merupakan antara terbesar di dunia. Reka bentuk masjid ini menggabungkan seni bina Timur Tengah dan Melayu. Dinding masjid dihiasi seni khat Arab yang halus, sementara ruang solat utama memancarkan keindahan ukiran geometrik Islam. Selain menjadi tempat ibadah, masjid ini juga menawarkan lawatan berpandu untuk memahami seni bina dan simbolik di sebaliknya.
(Sumber: https://selangor.travel)
Cara ke sana:
Tip:
3. Masjid Zahir, Alor Setar
Masjid ini merupakan salah satu masjid tertua dan paling indah di Malaysia, dibina pada tahun 1912. Seni bina Moorish pada masjid ini menjadikannya ikonik, terutama dengan lima kubah hitam yang melambangkan lima rukun Islam. Di dalamnya, suasana tenang dan ruang solat yang luas dihiasi dengan ukiran tradisional yang mempesona. Masjid ini sering menjadi lokasi majlis-majlis agama seperti pertandingan tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan.
Cara ke sana:
Tip:
4. Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Kompleks ini adalah tempat terbaik untuk mengenali seni kraf tradisional Islam. Anda boleh melihat pembuatan ukiran kayu, batik bercorak Islami dan tembikar. Pengunjung juga boleh menyertai bengkel membuat kraf seperti anyaman songket atau batik, menjadikannya pengalaman yang interaktif dan menyeronokkan. Kompleks ini direka dengan seni bina ala kampung Melayu, memberikan suasana yang santai tetapi berinformasi.
Cara ke sana:
(Sumber: libur.com.my)
Tip:
5. Masjid Kristal, Kuala Terengganu
Masjid Kristal adalah simbol seni bina Islam kontemporari di Malaysia. Dibina daripada kaca dan keluli, masjid ini berkilauan pada waktu siang dan malam. Terletak di Taman Tamadun Islam, masjid ini juga menampilkan pemandangan yang indah di tepi Sungai Terengganu. Selain beribadah, anda juga boleh mengunjungi replika seni bina Islam dari seluruh dunia di kawasan taman ini.
(Sumber: Flickr @chooyutshing)
Cara ke sana:
Tip:
6. Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar
Masjid ini dianggap sebagai salah satu masjid tercantik di Malaysia dengan kubah emasnya yang berkilauan dan reka bentuk Moorish klasik. Dibina pada tahun 1913 atas perintah Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Masjid Ubudiah melambangkan keindahan seni Islam yang tak lapuk dek zaman. Suasana di dalam masjid sangat damai, dihiasi dengan jubin marmar yang diimport khas dari Itali. Ia sering menjadi lokasi pilihan untuk fotografi kerana reka bentuknya yang memukau.
Cara ke sana:
Tip:
(Sumber: https://www.mpkkpk.gov.my)
Malaysia menawarkan banyak peluang untuk menghayati seni kesenian Islam, dari masjid-masjid yang memukau hingga galeri seni dan muzium. Setiap tempat ini bukan sahaja menonjolkan keindahan seni bina Islam, tetapi juga memberi peluang untuk memahami sejarah dan nilai spiritual di sebaliknya.
Bagi melengkapkan perjalanan anda, pastikan anda memilih penginapan yang selesa untuk seisis keluarga. MyRehat menawarkan pelbagai penginapan terpilih yang mesra Muslim dan terletak di lokasi-lokasi strategik di Malaysia. Tempah sahaja di www.myrehat.com untuk mendapatkan tawaran istimewa dan inspirasi perjalanan anda yang seterusnya!