Selepas beberapa bulan membuka tirai tahun 2024 ini, adakah anda masih menjalankan azam baharu dan mencari saranan untuk mencipta kenangan menarik? Permulaan pada setiap awal tahun sering terasa seperti menekan butang ‘reset’ atau memulakan halaman pertama dalam buku nota kosong, menunggu untuk diisi dengan idea dan inspirasi.
Adakah gaya hidup yang lebih aktif dan percutian sebahagian daripada rancangan anda untuk tahun ini?
Jika demikian, berikut adalah beberapa idea menarik untuk melapangkan minda dan mengisi itinerari anda yang kosong:
- Pelayaran indah di sekitar Pulau Komodo
Tingkatkan aktiviti rekreasi anda ke tahap seterusnya dengan pengalaman belayar yang mengagumkan di Komodo, Indonesia. Pulau gunung berapi ini adalah habitat bagi ‘Komodo Dragons’ dan kehidupan marin yang belum dijelajahi, menawarkan banyak kawasan menyelam yang menakjubkan.
Berlepas dari Labuan Bajo seawal jam 6.30 pagi, lawatan anda selama 2 hari dan 1 malam akan merangkumi gabungan mendaki, berenang/menyelam dan bersantai di Pulau Komodo, Padar dan Kanawa, Pantai Merah Muda, Taka Makassar dan Manta Point. Anda juga boleh memilih lawatan dua atau tiga malam bergantung kepada bajet dan masa percutian. Kami amat mengesyorkan agar anda memanfaatkan sepenuhnya pengalaman luar biasa ini dengan pakej 4 hari, barulah anda betul-betul dapat merasai keajaiban Pulau Komodo!
2. Bangunkan deria anda di air terjun Siburan
Pengembaraan alam semula jadi terasa tidak lengkap tanpa mendengar deruan air, kicauan burung dan suara serangga. Ia seolah-olah suatu kemestian untuk melihat keajaiban air terjun di penghujung pendakian menerusi ceruk kehijauan.
Berada kira-kira sejam dari Kuching ke Empangan Bengoh, diikuti dengan menaiki bot selama setengah jam dan mendaki selama satu jam, anda akan sampai ke Air Terjun Susung yang menyegarkan.
Di sini, anda juga mempunyai pilihan untuk bermalam bagi merasai pengalaman autentik di Siburan termasuk penerokaan Jurassic Park dan Kampung Sting.
3. Saksikan keindahan matahari terbit dari puncak Gunung Pulai dan Gunung Baling
Kedua-dua Gunung Pulai dan Baling di Kedah menawarkan panorama indah dedaunan hijau dan pemandangan matahari terbit yang sukar untuk ditolak. Dari seawal 2.00 pagi, pendakian anda bermula dengan pemandu tempatan untuk memastikan anda tidak terlepas momen yang ditunggu-tunggu.
Terletak pada ketinggian 2034 dan 1791 kaki di atas paras laut, gunung-gunung ini dikelilingi oleh sawah padi dan Sungai Ketil mengalir di kaki gunung. Jika anda bercadang untuk menuju ke bahagian utara Semenanjung Malaysia, Kedah wajib dilawati untuk lari dari hiruk-pikuk kehidupan kota!
4. Nikmati udara segar dan bersih di Cameron Highlands
Mossy Forest yang mempesonakan disifatkan sebagai hutan tertua di Malaysia dan terkenal dengan suasana berkabus dan lembap. Sama seperti hutan tebal dan digambarkan dalam cerita dongeng, mendaki untuk mencapai puncaknya akan menjadi pengalaman alam semula jadi yang amat luar biasa.
Laluan ke Mossy Forest boleh jadi mencabar bagi pengembara baharu, tetapi yakinlah bahawa anda akan dibimbing sepanjang perjalanan oleh pemandu yang berpengalaman. Jangan lepaskan peluang untuk menghirup udara sejuk sambil menikmati kehijauan yang mempesonakan di sekeliling. Inilah masanya untuk mencabar kecergasan fizikal anda dan mengambil bahagian dalam pengalaman yang menyeronokkan!
Lawatan separuh hari ini bermula dengan perjalanan melalui kawasan berawa menaiki Land Rover dan berakhir dengan lawatan santai ke Ladang Teh BOH untuk merasai kebanggaan sebenar Cameron. Anda juga boleh masuk ke Ladang Strawberi secara percuma.
- Sertai kemeriahan pasar malam di Kuala Lumpur
- Daripada RM239.00 / Minimum 2 orang
- Pautan tempahan: https://myrehat.com/experience/night-market-food-tour/
Terokai keseronokan pasar malam sebagai salah satu aktiviti yang bakal mengisi malam anda dengan macam-macam makanan dan tarikan. Walaupun pasar malam merupakan sesuatu yang biasa buat penduduk tempatan, tradisi mengunjungi gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan barangan boleh merangsang minda dan deria anda secara santai.
Anda akan ditemani Tour Guide yang pakar dengan selok-belok pasar malam di pelbagai kawasan terkenal. Malahan, lawatan ini menyediakan pilihan untuk pemakan sayur (vegetarian) agar tiada siapa yang ketinggalan dalam menikmati keseronokan citarasa tempatan.
Sebelum menamatkan lawatan, anda juga akan dibawa ke restoran Mamak terkenal untuk sesi lepak sambil menghirup Teh Tarik Kaw!
Sama ada anda penduduk tempatan atau pelancong yang melawat Malaysia, ini adalah cara yang menarik untuk kekal cergas sambil merasai kepelbagaian ibu kota.
Keseluruhannya, setiap aktiviti luar ini mempunyai tawaran unik yang akan menjadikan percutian anda lebih sihat dan menyeronokkan. Siapa kata anda tidak boleh merehatkan minda sambil melakukan aktiviti fizikal? Ini adalah cara yang mudah untuk kekal lincah dan sihat sambil ditemani keadaan sekeliling yang segar.
Paling penting, aktiviti-aktiviti di atas boleh dilakukan bersama pasangan, keluarga atau kumpulan. Buat tempahan sekarang di www.myrehat.com dan nikmati diskaun istimewa.
Untuk lebih memudahkan perancangan anda, rujuk senarai hujung minggu yang panjang dan hari yang dicadangkan untuk mengambil cuti tahunan pada kalendar 2024. Selamat meluangkan masa indah!
(Sumber: Holiday Tours)