FAMILY TRIP TO SWITZERLAND

credit – Nur Atiqah Adon

Pada 2018 DIY travel ke New Zealand. Lama betul baru dapat melancong semula. Alhamdulillah untuk tahun ini 2022 Allah izinkan lagi untuk melancong ke Switzerland pula dengan suami dan anak-anak yang berusia (3, 6 & 9 tahun). Pada mulanya seakan tidak percaya angan-angan telah menjadi kenyataan. Kebetulan pada awal Jun 2022 Singapore Airline (SIA) menawarkan promosi dengan harga RM2.3k per pax, dan tuah kami terjumpa tiket flight dengan harga yang sangat berpatutan Justeru itu, terus grab dan tidak berfikir panjang . (Bermula dari membeli tiket, barulah saya dan suami memulakan rancangan perjalanan idaman ini,

Switzerland, kecantikan Swiss Alps amatlah terkenal dengan pemandangan alam semula jadi yang sangat memukau pandangan mata. Boleh dikatakan tak terkata dengan indahnya ciptaan ilahi. Di setiap sudut kawasan tersebut kami terpersona kerana disajikan dengan kecantikan yang luar biasa, sehingga tidak terakan setiap detik. Maklumlah syurga dunia katanya seperti artikel tersebut Switzerland adalah salah satu tempat yang dicadangkan.

( shorturl.at/hOT09) (bagaimana indahnya syurga di sana nanti. Wallaualam. Allah Maha Mengetahui.

Seterusnya, diteruskan dengan penerbangan kami memilih Singapore Airline iaitu (RM2305 return/pax). Walaubagaimanapun, rezeki juga disebabkan SIA adalah antara syarikat penerbangan terkemuka dunia. Lebih seronok, anak-anak boleh minta bila-bila masa sahaja aiskrim dan makanan ringan sepanjang penerbangan. Perjalanan mengambil masa hampir 13 jam tidak terasa. Juga, disarankan untuk menyatakan permintaan terhadap MUSLIM MEAL semasa menguruskan daftar masuk.

Musim – Kebetulan harga tiket promosi pada masa itu, musim luruh (autumn) season, jadi amat sesuai  untuk bawa anak-anak bersama .Walaupun mereka mempunyai masa siang panjang namun cuaca sangat nyaman dan mulai gelap pada jam 9.28 malam. Kata orang lebih baik untuk elak melancong antara musim, kerana dengan cuaca yang tidak menentu panas terik, berangin dan hujan. Jadi Makan digalakkan memilih musim mengikut keselesaan masing-masing. Tambahan pula, dicadangkan untuk memuat turun aplikasi MeteoSwiss

(shorturl.at/AJS48) untuk memeriksa ramalan cuaca dan cuaca langsung.

Matawang – Switzerland guna matawang Swiss Franc (CHF). Kadar tukarannya tidak jauh beza dengan USD. Mata wang pada masa kini, 1CHF = RM4.75. Untuk memudahkan urusan, kami terlebih dahulu menukar CHF dalam WISE card (shorturl.at/hJN47). Selain itu, wang tunai ditukar sedikit untuk persediaan.

Penginapan – Beralih bagi perkara ini, terpulang pada pilihan masing-masing. Setiap pelancong mesti mempunyai pilihan dan tema tersendiri bagi hostel, hotel, homestay atau lebih kepada gaya mewah. Kami memilih seakan homestay yang mempunyai tempat tidur yang selesa untuk anak-anak, juga tidak berkongsi bilik air, dapur memasak & pakej pemandangan yang cantik. Daripada apa yang kami baca dalam review & previous rating sangat penting (Booked via Airbnb & Booking.com).

Kenderaan – Semasa kami di NZ pada tahun sebelumya, kami telah menyewa motorhome, dan ingin merasai pengalaman baru untuk kalini kami menaiki public transport. Terlebih dahulu jangan risau tentang public transport adalah superb & efficient. Kami mengambil Swiss Travel Pass (STP)(shorturl.at/ilrG1 ) untuk tempoh 8 hari, hanya membeli untuk dewasa sahaja dan percuma untuk kanak-kanak bawah 16 tahun. (Booked via Klook website). Tersangatlah berbaloi dapat menaiki pelbagai jenis pengangkutan seperti bas, keretapi, cruise & cable car sambil menikmati pemandangan sekeliling. Lebih berbaloinya ialah tiket ke Jungfraujoch 25% (139.60CHF/adult) dan Mt.Rigi adalah sepenuhnya percuma dengan STP. Dengan hanya memuat turun SBB apps untuk info lebih lanjut (masa, platform & pilih pengangkutan dari satu tempat ke tempat lain).

Makanan – Yang paling dinantikan bagi setiap kali pelancongan, malangnya Switzerland memang mahal, dinasihatkan untuk berjimat kerana tiada pilihan memang perlu bawa ready-to-eat meal dari Malaysia atau dimasak sendiri dengan membeli barangan dapur di supermarket COOP / MIGROS. Juga, untuk satu kali meal RM300++ dianggarkan portion untuk family kami. Kids boleh dikatakan sentiasa lapar. Jadi kami selalu bersedia pada bila masa pun.

Coop supermarket

Photos www.alamy.com

Migros supermarket

Photos: RetailDetail EU

Bajet – Ikut kemampuan dan kesesuaian keperluan masing-masing. Yang pasti travel sendiri adalah lebih jimat dan seronok.

Parenting – Kita cuba bagi anak-anak rasa selesa walau penat sekalipun. Paling best kat sini sebab boleh kata setiap tempat ada playground. Jadi anak-anak tak bosan & enjoy sangat bermain, berjalan, breathtaking view. Parentinghood is never easy. Masa inilah suami dan isteri perlu memainkan peranan masing-masing. Isteri memasak, suami pula merancang route untuk next day. Isteri mengemas suami layan anak-anak manakala isteri tidur suami buat reels.

INFO: Bila travel jauh jangan lupa sediakan ubat-ubatan untuk persediaan awal. Lebih-lebih lagi bawa anak-anak kecil. Saya bagi anak-anak multivitamin juga untuk boost immune diorang. Bawa botol air kosong untuk isi water tap / water fountain percuma. Boleh cari ‘Halal Food’ & ‘Islamic Center’ dekat Google Maps untuk cari makanan halal & masjid berdekatan dengan kita. Sebelum naik gunung periksa dulu live webcam & suhu. Takut nanti rugi dah bayar mahal tapi cuaca tak berapa ok atau pakaian kurang sesuai. Asalnya dalam itenary kami tak ada Mt. Rigi, sepatutnya hari tersebut kami pergi Mt. Titlis untuk main snow, tapi last minute kami tukar ke Mt. Rigi sebab dah main snow dekat Jungfraujoch. Amazingly pergi Mt. Rigi dapat rasa pelbagai pengalaman perjalanan. Berbaloi! View pun awesome! Lucerne > Vitznau – Cruise Vitznau > Mt. Rigi – Cogwheel train Return,                                                                                                                     Mt. Rigi > Rigi Kaltbad – Train Rigi Kaltbad > Weggis – Cable Car Weggis > Lucerne – Cruise  

Selain itu, membeli STP memang berbaloi, cuma payah sedikit masa nak heret luggage. Kami jadikan Brienz sebagai base (4 malam), Lucerne (2 malam), Zurich (1 malam). Jadi amat mudah untuk mengubah perancangan jika tengok forecast tak berapa ok untuk berjalan.

Line internet, suami saya membeli simcard Sunrise yang berharga 19.90 CHF = 92.49 (Zurich Airport), saya pula menggunakan E-sim Airalo. Secara kasarnya, ini tidak mengikut bajet yang penting dapat mobile data sebab nak update Instastory / WhatsApp status.

Macam biasa insurans travel jangan lupa k! Kami ambil Etiqa 360 untuk satu keluarga yang dikenakan sebanyak RM470.

Bonus kalau dapat ambil gambar & video yang proper bila bawa anak-anak ni. Tak dapat pun tak apa. Just cherish every moment because soon all moments turn into memories.

Semua yang berlaku adalah kehendak dan takdir Allah tapi selagi kita boleh merancang and try to make the most of our trip if possible.

PERBELANJAAN YANG TELAH DILAKSANAKAN

Tiket PenerbanganRM2305 per pax
Swiss Travel Pass (untuk pengangkutan awam)139.60 CHF = 649.21MYR (untuk 8 hari)
Perbelanjaan satu kali makanRM300+
Simcard Sunrise19.90 CHF = 92.49MYR
Insurans Etiqa 360RM470

Gambar yang diambil semasa di Switzerland:

10 PERKARA DAN BARANGAN ASAS YANG BERGUNA UNTUK PENGINAPAN SEMENTARA DARIPADA MYREHAT

Author: Farah Izzati

Semenjak wujudnya Airbnb iaitu sebuah aplikasi yang membolehkan sesiapa pun menceburi bidang perniagaan penginapan sementara. Perniagaan ini telah berkembang dengan pesatnya di Malaysia. Malah mengikut Airbnb, pada tahun 2019 Malaysia, penginapan sementara menggunakan Airbnb adalah yang paling pesat di Asia Tenggara. 

Pasaran Airbnb negara jana RM3 bilion

Walaupun hotel dan penginapan sementara mempunyai banyak ciri yang sama tetapi ada juga perkara dan barangan asas yang berlainan.

  1. ARAH KIBLAT DAN SEJADAH

Memandangkan Malaysia adalah negara majoriti Islam, sejadah penting untuk disediakan di setiap unit penginapan. Dengan menggunakan The Noor dan Qiblat Compass boleh menentukan arah kiblat. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google App Store atau Apple AppStore. 

Qibla Compass
theNoor

                                        

2. NETFLIX

Netflix merupakan syarikat penstriman video terunggul di dunia. Pelbagai filem, animasi, siri tempatan dan luar negara seperti dari Korea boleh didapati di platform ini. Bagi MyRehat, dengan adanya Netflix yang lebih murah daripada Astro dan Njoi. Kami hanya membayar RM65 untuk sebulan dan memperoleh 5 akaun yang boleh digunakan di 5 unit MyRehat berbanding dengan Astro dan Njoi yang hanya boleh digunakan di satu unit dengan bayaran bulanan antara RM80 ke RM250. 

3. ALAT PENYESUAI ELEKTRIK

Sekarang ini boleh dikatakan 30% tetamu MyRehat adalah daripada luar negara. Tetamu mungkin tidak tahu ada perbezaan conduit elektrik. Apabila menyediakan barangan ini kita dapat memberi kemudahan “extra” kepada tetamu kita. Barang ini semua boleh didapati di Shopee, MR. DIY dan kedai elektronik. 

Kepala Suis

4. PETA

MyRehat juga menyediakan peta yang mengandungi tempat penting di sekitar condo kami  bagi memudahkan hala tuju setiap pelancong dan tetamu. Di bawah adalah contoh peta yang kami berikan kepada setiap tetamu yang tinggal di Anggun Residences yang kawasannya berdekatan dengan Kampung Baru.

Peta Panduan

5. BEG PLASTIK DAN TISU TAMBAHAN

Penyediaan dua barang ini adalah menjadi satu keperluan terutamanya di kalangan penghuni yang berkeluarga dan lebih daripada 3 orang. Kebanyakkan penginapan sementara tidak menyediakan pembersihan seharian. Disebabkan itu tetamu boleh melakukan pembersihan ringan sendiri dan membuang sampah ditempat buangan yang disediakan. MyRehat selalu beli tisu dan plastik sampah di 99 Speedmart disebabkan harganya yang berpatutan.

Plastik Sampah
Tisu

6. KIT PERTOLONGAN CEMAS DAN ALAT PEMADAM API

Kit Pertolongan Cemas dan Alat Pemadam Api ini disediakan di setiap unit homestay kami. Alhamdulillah, setakat ini barangan kecemasan ini masih tidak disentuh. Barangan MyRehat ini semua dibeli daripada Shopee.

Peralatan Kecemasan
Alat Pemadam Api

7. SETERIKA

Seterika adalah barangan harus ada di unit penginapan. Ia juga antara barangan yang kerap rosak. Walaubagaimanapun, ini adalah barangan asas yang khusus bagi kaum Melayu. Barangan ini boleh didapati di Shopee. Jika di Mr DIY kosnya 2 kali ganda!

Seterika

8. ALAT PENGERING RAMBUT

Alat ini kegemaran semua perempuan tetapi juga selalu hilang di homestay :). Barangan ini boleh didapati di MR. DIY dan juga Shopee.

Pengering Rambut

9. SYAMPU PENCUCI BADAN

Kalau dulunya banyak penginapan menyediakan sabun buku, tetapi sekarang kebanyakan menyediakan bahan mandian cecair. MyRehat membeli jenama Summer kerana harganya lebih murah di pasaran yang kami lihat setakat ini. Dengan hanya RM4.40 sekarang tetapi sebelum inflasi harganya RM3.80. Bahan ini kami beli di stor kegemaran MyRehat iaitu 99 Speedmart.

Sabun Badan Summer Goat’s Milk

10.SABUN PENCUCI TANGAN

Homestay kami juga menggalakkan anda untuk menyediakan sabun pencuci tangan agar lebih terjaga dan juga mencegah daripada virus seperti kes Covid-19, Salmonella dan sebagainya. Kos untuk menyediakan sabun tangan ini hanya memerlukan RM2-3 sahaja. Tetamu akan merasa lebih selesa dengan homestay yang menitikberatkan kebersihan. Pencuci tangan ini yang paling murah kami pernah jumpa di Mr DIY. Harganya RM2.50

Sabun Pencuci Tangan D’Light

Maklumat kami kongsi ini amat berguna untuk MyRehat tetapi mungkin untuk perniagaan penginapan versi anda ciri-cirinya mungkin berbeza. Artikel ini adalah sekadar panduan sahaja. Selamat membaca.

E-Wallets in Malaysia

Written by Nurul Fadhilah

Follow us on Instagram and subscribe to our Telegram channel for the latest updates on MyRehat.

E-Wallet is a digital wallet that allows you to pay via a smartphone. Due to the Covid-19 pandemic, paying via E-Wallets has become one of the new norms.  Due to health concerns, going cashless and online buying has tremendously increased. In fact 40% of Malaysians paid via E-Wallets in 2020 making us the number one country in South East Asia in terms of E-Wallets payment. 

Currently there are a total of 53 E-Wallets in Malaysia according to, Fintech Malaysia report in 2019. If you are wondering which e-wallet to try out first, keep on reading as we compared some of the main E-Wallets in the country for the 60% of the population that has not tried it yet and those who want to try out the other E-Wallets.

1. Touch ‘n Go eWallet

Touch ‘n Go eWallet (TNG) was launched in 2017. There are over 250,000 merchants in Malaysia that accept TNG. TNG can also be used to pay tolls at highways, street parking, mall parking, game credit top-up, and bill payments. Apple services and products can also be paid using TNG. Lazada, Tealive, Klook and Eat are directly connected to TNG.

Users of the e-wallet can send up to RM5,000 to their friends or colleagues. Any amount is okay as long as it doesn’t exceed over RM5,000. Besides that, their Money-back Guarantee policy promises full compensation within five days if your e-wallet is being charged with unauthorized purchases or reload.

There has been a new feature for the e-wallet called, TnG GO+ where users can invest the balance in their e-wallet account in unit trust funds to earn potential returns. The returns will be credited daily into e-wallet, enabling users to compound their earnings growth exponentially. You can now also pay your car insurance here at TNG. No more lining up at the post office.

Download the Touch ‘n Go eWallet app on Google Play Store or App Store today!

2. Boost

Boost eWallet, was also launched in 2017 has over 213,000 merchants accepting the e-wallet payment. You can pay your Shopee or Lazada purchases using Boost too. Topping up Boost is easy as they are partners with 17 banks like Maybank, CIMB, RHB Bank and many more.

Aside from cashback, vouchers and promo for your transactions, there is a BoostUP feature where you can get Boost Coins for every transaction that has been made. Boost Coins can be used to redeem rewards from their catalogs, gadgets, household appliances and more. Boost also lets you pay your bills, top up your game credits and reload your mobile phone credit.

You can also give Ang Pow to your friends through their e-Ang Pow! There is also a collaboration with Hello Gold if you are into gold investments.

Download the Boost app on Google Play Store or App Store today!

3. GrabPay

GrabPay is the biggest E-wallet in terms of merchants and users in Malaysia. It is aiming to be a super app connecting everything from grocery shopping, ride hailing to food under one Grab ecosystem. For each GrabPay transaction, you will earn points to redeem attractive deals.

Grab is really convenient and user-friendly as you can use GrabPay to pay for your food (GrabFood), rides (GrabRide) and for your groceries (GrabMart) too! During Ramadhan, GrabPay digitized Ramadhan bazaars by partnering with local wet markets to make it easier for people to pay just by scanning QR code.

You have to spend a minimum of RM4 to get GrabRewards points that can be used to redeem cool items from the GrabRewards catalog. It depends on the promo of the month, you can enjoy additional discounts for car rides by paying using GrabPay!

Grab has also home maintenance features like servicing your Aircon in partnership with Kaodim.

Download the Grab app on Google Play Store or App Store today!

4. FavePay

Fave was founded in 2015 and has 40,000+ merchants around 4 countries : Malaysia, Indonesia, Singapore and India. There are more than 6 million users that use Fave as they always have offers for users that use their platform.

You can get cashback, earn points, and there is always a code for you to use to get discounts. Besides that, you can also link your GrabPay and Boost e-wallet to Fave so you can enjoy more coverage and earn rewards from both Fave and GrabPay or Boost! 

Fave now has a “Buy Now, Pay Later” service which involves 40,000 merchants on the platform. Eligible users can purchase and pay back in 3 interest free installments. 

Download the Fave app on Google Play Store or App Store today!

E-Wallet makes our life much easier so you should really consider using one, if you haven’t yet. E-wallet can reduce theft and fraud because it uses QR code to pay. It is also much safer because it can minimize contact during this pandemic. You can also get rewards and cashback and you track the rewards you get with an e-wallet.

Choose what e-wallet you want to use! If you are like me, I have all 4 e-wallets 😀

Happy buying!