6 Perkara yang Boleh Anda Buat semasa ‘Lockdown’

Share this article on :

Ditulis oleh Nurul Fadhilah

Ikuti kami di Instagram dan sertai saluran Telegram kami untuk maklumat terkini MyRehat.

Semenjak berlakunya COVID-19 ni, ramai orang yang terpaksa duduk di rumah sahaja. Jadi ini maknanya, orang akan meluangkan banyak masa mereka di rumah. Anda semestinya ada perkara yang anda sudah lama terfikir untuk buat tapi tergendala kerana sibuk bekerja, buat kerja sekolah dan sebagainya,

Memandangkan sekarang ramai orang yang bekerja dari rumah dan belajar secara atas talian, ini akan memberi anda masa untuk membuat semua perkara tergendala yang ingin lakukan itu! Sekiranya anda tidak mempunyai idea tentang apa yang anda boleh lakukan semasa ‘lockdown’ ni, artikel ni boleh bantu anda untuk pilih yang mana anda rasa sesuai untuk anda.

Jom!

  1. Belajar bahasa baru

Belajar bahasa baru merupakan salah satu perkara yang ramai orang nak tapi tak semua orang boleh buat kerana banyak benda yang menjadi penghalang. Jadi sekarang adalah masanya untuk anda belajar bahasa baru yang anda inginkan!

Anda boleh pilih bahasa apa yang anda ingin belajar – Bahasa Itali, Bahasa Jepun, Bahasa German dan sebagainya. Benda ini boleh dimanfaatkan bila-bila masa sahaja, terutamanya setelah pandemik habis dan kita boleh melancong semula.

Ini akan memberi banyak manfaat kepada mereka yang suka melancong kerana senang untuk anda bersembang atau bertanya kepada orang-orang yang berasal di situ. Boleh buat kawan!

Anda boleh belajar bahasa dengan percuma menggunakan Duolingo.

  1. Baca buku

Sekiranya anda telah beli buku seperti novel yang lama dibiarkan di rak buku kerana anda tiada masa untuk bacanya, sekarang adalah masa untuk anda baca buku tersebut! Anda boleh baca buku dan boleh mengurangkan stres anda dan membayangkan watak-watak serta persekitaran di dalam buku. Seronoknya!

Anda yang fikir untuk membaca juga boleh mula membaca. Sekarang terdapat banyak cara untuk membaca, anda boleh baca secara e-book ataupun audiobook. Anda boleh pilih ikut genre pilihan anda, fiksyen, bukan fiksyen, dokumentari, agama dan sebagainya.

Dengan membaca juga, kita dapat membuka minda kita untuk meningkatkan cara penulisan serta percakapan kita.

Anda boleh baca beberapa e-book di Google eBookstore secara percuma ataupun tunggu Big Bad Wolf ada sale, boleh borong banyak-banyak! Anda juga boleh pinjam buku di Perpustakaan Negara Malaysia secara atas talian. Untuk tau cara membaca buku Perpustakaan Negara secara atas talian menggunakan telefon bimbit, klik sini.

  1. Memasak

Nak cuba resepi Khairulaming yang baru? Nak cuba masak ikut resepi sendiri? Semua ni boleh dibuat masa lockdown ni! Untuk yang baru nak belajar memasak pun boleh gunakan waktu ni untuk belajar. Ada di antara kita yang tau cara untuk memasak yang basic ataupun goreng goreng biasa sahaja.

Gunakan peluang ni untuk belajar memasak dengan lebih sedap untuk anda dan keluarga menikmatinya! Selain belajar memasak lauk, anda juga boleh belajar untuk buat kek, roti ataupun pizza!

Kalau berasa bosan dekat rumah sambil main telefon bimbit dan rasa lapar, bolehlah masak sendiri. Boleh juga jimat duit daripada selalu guna penghantaran makanan.

Anda boleh daftar untuk sertai mana-mana kelas memasak atau boleh pergi ke YouTube sahaja untuk belajar memasak atau untuk rujuk resepi.

Antara YouTube channel yang popular untuk anda belajar memasak atau rujuk resepi : Che Nom, Buat Orang Lapo dan Limau Nipis.

  1. Bersenam

Bersenam dengan kerap dapat mengurangkan stres dan banyak lagi manfaatnya. Bersenam tak semestinya kena pergi ke gim ataupun pergi berjoging. Sekarang banyak lagi cara untuk anda bersenam. Anda boleh tengok video di YouTube dan cuba ikut rutin tersebut.

Anda juga boleh cuba untuk meditate dengan buat yoga. Yoga juga merupakan senaman yang memberi banyak manfaat untuk kita. Sekiranya stres bekerja atau belajar, boleh cuba untuk bersenam. 😀

Antara laman web yang popular untuk bersenam adalah Fitness Blender kerana ia percuma. Bagi Youtube, antara channel yang popular adalah Jordan Yeoh Fitness dan Joanna Soh Official.

  1. Berkebun

Selain daripada memasak dan bersenam, anda juga boleh berkebun. Anda boleh menanam pokok bunga kegemaran anda ataupun tanam bahan-bahan masakan anda, contohnya pokok cili. Anda boleh juga cuba untuk menanam pelbagai jenis pokok.

Berkebun merupakan salah satu jenis terapi untuk anda lakukan bagi mengisi masa lapang anda. Dengan melihat pokok-pokok anda tumbuh dengan elok, anda akan merasakan benda menyeronokkan kerana anda dapat melihat proses pertumbuhan pokok anda. Sekiranya anda berapa pasti tentang cara untuk jaga tumbuhan dengan baik, anda boleh search di Google atau YouTube.

Ini adalah antara akaun Instagram popular untuk berkebun : @cosygreenery@jcchris dan @royalty_jungle.

  1. Ambil kursus online

Sekiranya anda masih mempunyai minat untuk belajar, anda boleh ambil kurus secara atas talian sekarang. Anda boleh pilih untuk belajar apa sahaja yang anda minat : belajar coding, belajar alat muzik dan sebagainya.

Ini adalah masa untuk anda belajar kursus yang anda minat tapi tak ada kesempatan untuk belajar, Gunakan waktu ini untuk anda belajar dan nikmati keseronokan belajar kursus tersebut.

Anda boleh pergi ke FutureLearn untuk ambil kursus online. Anda juga boleh pergi ke laman web Coursera atau Udemy untuk ambil kursus online secara percuma!

Pandemik ini memberi kita semua peluang untuk melengkap diri dengan kemahiran yang boleh membantu rohani kita. Di zaman pandemik ini kita mesti sentiasa mempunyai kekuatan kendiri yang boleh menguatkan diri kita untuk era baru yang akan datang selepas tamatnya pandemik ini.

Marilah kita harap pandemik ini akan cepat berakhir supaya kita boleh melawat rakan dan keluarga dan dapat melancong semula supaya anda boleh menginap di tempat penginapan kami.

Sila hubungi MyRehat via Telegram untuk membuat tempahan!

Related posts

How Homestay Can Be a Lucrative Venture if Done Right

How Homestay Can Be a Lucrative Venture if Done Right

In recent years, the homestay industry has seen explosive growth, with more travellers seeking authentic, personalised experiences over traditional hotel stays. This... Read More

Embrace Technology in Your Airbnb Business

Embrace Technology in Your Airbnb Business

As Malaysia’s tourism industry continues to flourish, short-term rental operators are presented with a prime opportunity to capitalise on the growing demand... Read More

The Impact of Bed Types on Accommodation Business Success

The Impact of Bed Types on Accommodation Business Success

In the bustling world of the accommodation business, every detail counts when it comes to attracting guests and ensuring their comfort. Among... Read More

Search

July 2024

  • M
  • T
  • W
  • T
  • F
  • S
  • S
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31

August 2024

  • M
  • T
  • W
  • T
  • F
  • S
  • S
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31
Size
Price
Amenities
Search

July 2024

  • M
  • T
  • W
  • T
  • F
  • S
  • S
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31
0 Groups

Compare listings

Compare

Compare experiences

Compare