MyRehat Masterclass 2025: Persediaan Hos Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026

Share this article on :

Pada 19 Julai lepas, MyRehat sekali lagi membuktikan komitmennya dalam memperkasa hospenginapan jangka pendek melalui anjuran MyRehat Masterclass 2025, sebuah program pembelajaran intensif yang berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Program ini bertepatan dengan persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026, memberi peluang kepada usahawan dan pengusaha homestay untuk melengkapkan diri dengan ilmu, strategi serta rangkaian hubungan yang dapat membantu mereka bersaing dalam industri pelancongan yang semakin mencabar.

Pakar-pakar yang hadir termasuklah Encik Noor Azman Samsudin, Timbalan Pengarah Kanan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia. Sesi panel yang diwakili beliau membuka mata peserta tentang potensi besar industri homestay dalam agenda pelancongan negara. Selain itu, sesi bersama wakil industri dari Bank Simpanan Nasional (BSN), Unifi, dan Booking.com pula memberikan panduan tentang cara menndapatkan pembiayaan yang tepat, melaksanakan transformasi digital, dan memanfaatkan penyenaraian penginapan.

Masterclass MyRehat turut diserikan dengan kehadiran pakar lain iaitu Puan Hannah Pearson (CEO Pear Anderson), Encik Ahmad Faisal (Pengarah Urusan Luzzeri Group), Encik Badzlan Bakar (CEO Reyhut), Encik Abdul Mushir (Pemilik Teratak Kampung), Encik Ahyat Ishak (Pejuang Hartanah), Encik Sharaj Joss (Pakar Strategi Digital) dan Encik Benz Aliff (Pakar Media Sosial).

Mengikut tinjauan, topik “Bina, Beli, Sewa atau Perkongsian Untung – Mana yang Terbaik untuk Anda?” menjadi topik kegemaran ramai. Tidak hairanlah 87% peserta menilai keseluruhan Masterclass ini berguna untuk memajukan bisnes mereka. Selain ilmu dalam kelas, peserta juga berpeluang berinteraksi secara langsung dengan penyedia perkhidmatan seperti Unifi Business, Luzzeri Group dan BSN melalui reruai khas di kawasan pameran.

Menurut Encik Zainal Zikri Zainal Abidin (CEO MyRehat), “Masterclass ini sebahagian daripada misi kami membina ekosistem yang mampan untuk pengendali homestay. Bukan sekadar belajar tentang hartanah, tetapi tentang pengalaman, komuniti dan peluang untuk berkembang bersama”.

Walaupun jumlah penyertaan kali ini adalah seramai 21 peserta daripada 30 yang mendaftar, impak yang diberikan sangat bermakna dengan 93% peserta menilai lokasi program mudah diakses. Kejayaan ini juga tidak akan tercapai tanpa kerjasama padu daripada UCSI University selaku rakan rasmi.

MyRehat Masterclass 2025 telah membuktikan bahawa dunia homestay bukan lagi sekadar menyewakan bilik – ia adalah perniagaan yang boleh memberi impak besar jika diurus dengan betul, strategi yang mantap serta jaringan yang tepat.

Bagi hos yang baru menceburi bidang ini atau hos profesional yang ingin terus belajar dan berkembang, ikuti program-program PERCUMA anjuran MyRehat sepanjang tahun untuk sesi pembelajaran dan konsultasi secara pensendirian. Layari www.myrehat.com untuk maklumat lanjut atau ikuti MyRehat di media sosial hari ini!

Related posts

10 Homestay Platforms for Malaysian Hosts Beyond Airbnb

Building a successful short-term rental business in Malaysia requires more than just a great property; it requires the right visibility. Malaysia’s short-term... Read More

A Survival Guide for Short-term Rental Hosts When Disaster Hits Your Homestay

If you host in Southeast Asia, disasters are not rare events as they are part of the operating environment. According to the... Read More

10 Accommodation Terms Every Homestay Host in Malaysia Should Know (Part 2)

In Part 1 of this series, we explored several foundational terms that every Airbnb host and homestay operator in Malaysia should understand,... Read More

Search

April 2026

  • M
  • T
  • W
  • T
  • F
  • S
  • S
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30

May 2026

  • M
  • T
  • W
  • T
  • F
  • S
  • S
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31
0 Adults
Size
Price
Amenities
Search

April 2026

  • M
  • T
  • W
  • T
  • F
  • S
  • S
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
0 Groups

Compare listings

Compare

Compare experiences

Compare