fbpx

6 Jenis Kuih Raya Yang Patut Ada di Rumah Anda

Ditulis oleh Nurul Fadhilah

Ikuti kami di Instagram dan sertai saluran Telegram kami untuk maklumat terkini MyRehat.

 

Hari Raya Aidilfitri atau Eid Mubarak merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu, Arab, Inggeris dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun.

Bagi orang Malaysia penyediaan kuih-muih merupakan tradisi sejak kemerdekaan. Kuih muih akan diberikan kepada tetamu yang akan datang ke rumah kita semasa bulan Syawal. Sedihnya sudah dua tahun konsep Open House atau Rumah Terbuka tidak dapat dilaksanakan kerana Covid-19. Walaupun tiada pengujung, kuih Raya tetap akan ada.

Ini merupakan antara 6 kuih yang paling disukai ramai orang.

Gambar : Blog Cik Matahariku

Tart Nanas

Kuih tart nanas diperbuat daripada tepung dan mempunyai inti jem nanas. Kebiasaannya, tepung yang digunakan untuk membuat tart adalah tawar kerana intinya manis. Kuih tart nanas popular di seluruh Malaysia dan banyak dijual terutama pada musim perayaan. Oleh kerana ia digemari ramai dan mempunyai harga yang berpatutan, setiap kali perayaan kuih ini akan dijual. Ia juga biasanya banyak dijual secara meluas semasa musim perayaan.

Gambar : Noob Cook

Cornflakes Madu

Cornflakes madu adalah antara yang paling senang untuk dibuat. Bahan yang diperlukan adalah cornflakes, madu dan mentega. Anda juga boleh menambah bahan lain mengikut citarasa anda. Sesetengah orang menggunakan coklat selain madu. Kuih ini juga boleh dibuat tanpa oven tapi anda boleh menggunakan kuali sahaja!

Gambar : Our Malay Kuih

Semprit

Kuih semprit adalah antara kuih tradisional kerana ia merupakan kuih tradisi orang dulu-dulu. Ia adalah kegemaran ramai orang. Bahan yang digunakan untuk membuat kuih ini adalah marjerin, esen vanilla, tepung kastard, gula dan tepung jagung. Kemudian, ia akan dijadikan doh dan dipotong menjadi kepingan kecil sebelum dibakar sehingga ia menjadi coklat keemasan. Rasanya yang berlemak-lemak manis dan senang cair dalam mulut yang membuatkan ramai orang terpikat!

Gambar : Resepi Senang

Sarang Semut

Kuih ini pula merupakan kesukaan kanak-kanak kerana rasanya yang tidak terlalu manis. Ia juga rapuh dan sedap. Ia dibuat daripada tepung, tepung kastard, gula dan mentega. Bagi topping kuih ini, yang selalu orang gunakan ialah chocolate rice tapi anda boleh mengubah topping mengikut citarasa anda!

Gambar : Pinterest

Biskut Mazola

Biskut Mazola mengandungi kacang tanah yang akan digabungkan dengan tepung gandum. Ia akan digulung sehingga menjadi bulat. Apabila ia telah dibakar sehingga menjadi coklat keemasan, anda boleh hidangkan kepada tetamu. Ia akan menaikkan selera anda dengan rasanya yang cepat cair di dalam mulut, lagi-lagi siapa yang suka makan kacang!

Gambar : Lokataste

Kuih Bangkit

Kuih Bangkit merupakan biskut yang dibuat daripada tepung ubi kayu yang akan berperisa pandan atau kelapa. Ia juga selalu dijadikan dalam bentuk bunga atau bintang. Kuih ini juga merupakan salah satu kuih tradisional. Teksturnya yang rangup dan rapuh membuatkan ia menjadi kegemaran ramai.

Walaupun masih lagi PKP, kuih raya adalah antara yang wajib ada di rumah bagi orang-orang yang berada di rumah semasa bulan Syawal ini. Mereka boleh tangkap gambar, rakam video dan makan kuih raya. Semoga Raya tahun depan menjadi lebih baik daripada tahun ini!

Apabila PKP 3.0 telah ditamatkan, harapan kami adalah untuk penginapan kami dapat ditempah orang ramai untuk membuat sambutan raya kecil-kecilan di tempat penginapan kami!

Sila hubungi MyRehat via Telegram untuk penempahan awal!

Julian Johari

I'm Responsible for MyRehat's Website. feels free to contact me if have any issues or interested of joining MyRehat both Properties and Activities : Email : [email protected]

Related posts

Explore the Culinary and Shopping Delights of Jelatek Night Market in Kuala Lumpur

How would you like to embark on an evening filled with dynamic flavours and vibrant stalls in one of the renowned night... Read More

Explore the Culinary and Shopping Delights of Pasar Malam Taman Tun Dr Ismail (TTDI)

Get ready for an evening full of colorful vendors, mouthwatering cuisine and excitement in Kuala Lumpur. The place to go if you’re... Read More

Let’s Go on a Food Venture Near Tropics Condominium!

Tropics Condominium is located in Damansara, one of the most prominent subdivisions of Petaling Jaya district with over 450,000 residents. According to... Read More

Join The Discussion

Search

February 2024

  • M
  • T
  • W
  • T
  • F
  • S
  • S
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29

March 2024

  • M
  • T
  • W
  • T
  • F
  • S
  • S
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31
0 Adults
Size
Price
Amenities
Search

February 2024

  • M
  • T
  • W
  • T
  • F
  • S
  • S
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
0 Groups

Compare listings

Compare

Compare experiences

Compare