10 PERKARA DAN BARANGAN ASAS YANG BERGUNA UNTUK PENGINAPAN SEMENTARA DARIPADA MYREHAT

Author: Farah Izzati

Semenjak wujudnya Airbnb iaitu sebuah aplikasi yang membolehkan sesiapa pun menceburi bidang perniagaan penginapan sementara. Perniagaan ini telah berkembang dengan pesatnya di Malaysia. Malah mengikut Airbnb, pada tahun 2019 Malaysia, penginapan sementara menggunakan Airbnb adalah yang paling pesat di Asia Tenggara. 

Pasaran Airbnb negara jana RM3 bilion

Walaupun hotel dan penginapan sementara mempunyai banyak ciri yang sama tetapi ada juga perkara dan barangan asas yang berlainan.

  1. ARAH KIBLAT DAN SEJADAH

Memandangkan Malaysia adalah negara majoriti Islam, sejadah penting untuk disediakan di setiap unit penginapan. Dengan menggunakan The Noor dan Qiblat Compass boleh menentukan arah kiblat. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google App Store atau Apple AppStore. 

Qibla Compass
theNoor

                                        

2. NETFLIX

Netflix merupakan syarikat penstriman video terunggul di dunia. Pelbagai filem, animasi, siri tempatan dan luar negara seperti dari Korea boleh didapati di platform ini. Bagi MyRehat, dengan adanya Netflix yang lebih murah daripada Astro dan Njoi. Kami hanya membayar RM65 untuk sebulan dan memperoleh 5 akaun yang boleh digunakan di 5 unit MyRehat berbanding dengan Astro dan Njoi yang hanya boleh digunakan di satu unit dengan bayaran bulanan antara RM80 ke RM250. 

3. ALAT PENYESUAI ELEKTRIK

Sekarang ini boleh dikatakan 30% tetamu MyRehat adalah daripada luar negara. Tetamu mungkin tidak tahu ada perbezaan conduit elektrik. Apabila menyediakan barangan ini kita dapat memberi kemudahan “extra” kepada tetamu kita. Barang ini semua boleh didapati di Shopee, MR. DIY dan kedai elektronik. 

Kepala Suis

4. PETA

MyRehat juga menyediakan peta yang mengandungi tempat penting di sekitar condo kami  bagi memudahkan hala tuju setiap pelancong dan tetamu. Di bawah adalah contoh peta yang kami berikan kepada setiap tetamu yang tinggal di Anggun Residences yang kawasannya berdekatan dengan Kampung Baru.

Peta Panduan

5. BEG PLASTIK DAN TISU TAMBAHAN

Penyediaan dua barang ini adalah menjadi satu keperluan terutamanya di kalangan penghuni yang berkeluarga dan lebih daripada 3 orang. Kebanyakkan penginapan sementara tidak menyediakan pembersihan seharian. Disebabkan itu tetamu boleh melakukan pembersihan ringan sendiri dan membuang sampah ditempat buangan yang disediakan. MyRehat selalu beli tisu dan plastik sampah di 99 Speedmart disebabkan harganya yang berpatutan.

Plastik Sampah
Tisu

6. KIT PERTOLONGAN CEMAS DAN ALAT PEMADAM API

Kit Pertolongan Cemas dan Alat Pemadam Api ini disediakan di setiap unit homestay kami. Alhamdulillah, setakat ini barangan kecemasan ini masih tidak disentuh. Barangan MyRehat ini semua dibeli daripada Shopee.

Peralatan Kecemasan
Alat Pemadam Api

7. SETERIKA

Seterika adalah barangan harus ada di unit penginapan. Ia juga antara barangan yang kerap rosak. Walaubagaimanapun, ini adalah barangan asas yang khusus bagi kaum Melayu. Barangan ini boleh didapati di Shopee. Jika di Mr DIY kosnya 2 kali ganda!

Seterika

8. ALAT PENGERING RAMBUT

Alat ini kegemaran semua perempuan tetapi juga selalu hilang di homestay :). Barangan ini boleh didapati di MR. DIY dan juga Shopee.

Pengering Rambut

9. SYAMPU PENCUCI BADAN

Kalau dulunya banyak penginapan menyediakan sabun buku, tetapi sekarang kebanyakan menyediakan bahan mandian cecair. MyRehat membeli jenama Summer kerana harganya lebih murah di pasaran yang kami lihat setakat ini. Dengan hanya RM4.40 sekarang tetapi sebelum inflasi harganya RM3.80. Bahan ini kami beli di stor kegemaran MyRehat iaitu 99 Speedmart.

Sabun Badan Summer Goat’s Milk

10.SABUN PENCUCI TANGAN

Homestay kami juga menggalakkan anda untuk menyediakan sabun pencuci tangan agar lebih terjaga dan juga mencegah daripada virus seperti kes Covid-19, Salmonella dan sebagainya. Kos untuk menyediakan sabun tangan ini hanya memerlukan RM2-3 sahaja. Tetamu akan merasa lebih selesa dengan homestay yang menitikberatkan kebersihan. Pencuci tangan ini yang paling murah kami pernah jumpa di Mr DIY. Harganya RM2.50

Sabun Pencuci Tangan D’Light

Maklumat kami kongsi ini amat berguna untuk MyRehat tetapi mungkin untuk perniagaan penginapan versi anda ciri-cirinya mungkin berbeza. Artikel ini adalah sekadar panduan sahaja. Selamat membaca.

Laman web ‘Virtual’ di Malaysia

Ditulis oleh Nurul Fadhilah

Ikuti kami di Instagram dan sertai saluran Telegram kami untuk maklumat terkini MyRehat.

Pelbagai MCO yang telah dilaksanakan tidak membenarkan kita untuk melancong sama ada ke luar negara atau dalam negara sendiri. Yang dah ada perancangan untuk pergi bercuti atau berjalan-jalan, terpaksa dibatalkan atau ditangguh.

Sekiranya anda ingin melancong, anda boleh melancong secara ‘virtual’ sekarang! Anda boleh pergi kemana sahaja anda mahu. Jika anda merasa seperti terperap di rumah, anda boleh cuba pergi ke laman web yang disenaraikan di bawah.

Explore Malaysia Virtually

Laman web yang membenarkan anda untuk melancong secara ‘virtual’ di Malaysia. Anda boleh sertai tour secara atas talian dengan tour guide berlesen atau pilih untuk tengok segmen yang telah direkod. Kebanyakkan tour mereka dibuat di Melaka (Kampung Morten dan Jalan Praya) dan Kuala Lumpur. Tour guide akan bawa anda kunjungi ‘Kuala Lumpur lama’ dan Kuala Lumpur yang kita kenal sekarang.

Klik untuk ke laman web.

Lokalocal

Laman web yang membenarkan anda untuk melancong secara ‘virtual’ ke banyak tempat. Anda boleh pilih untuk kemana sahaja yang anda mahu. Ipoh, Melaka, Cameron Highlands dan banyak lagi. Tour diberi secara 360° jadi anda boleh tengok sekeliling tempat tersebut.

Klik untuk ke laman web.

360 Virtual Tourist

Laman web yang menceritakan pengalaman dan menyediakan tour 360° kawasan yang dipergi mereka. Laman web ini masih belum banyak tour yang disediakan tapi anda boleh menghayati tour dengan lebih mendalam sambil membaca pengalaman mereka pergi ke kawasan tersebut.

Klik untuk ke laman web.

Kofkino

Laman web ini juga merupakan tour disertai oleh tour guide. Anda boleh membuat tempahan kemudian host akan berhubung dengan anda sebelum tour bermula. Di laman web ini anda boleh membuat tempahan bagi banyak benda selain daripada virtual tour.

Klik untuk ke laman web.

360 Dynamics

Laman web ini merupakan laman web virtual sejak 2009. Mereka bergabung dengan Google dan merupakan Google Street View Trusted Agency di Malaysia yang pertama. Terdapat 600 virtual tour untuk pelbagai jenis bisnes daripada berlainan industri.

Klik untuk ke laman web.

Buddyz.co

Laman web ini juga fokus kepada Melaka dan budaya-budaya di Malaysia. Terdapat pengalaman virtual untuk wayang kulit dan safari virtual untuk bertemu dengan Borneon Sun Bear yang berada di Sabah. Anda juga boleh tengok penemuan ikan lumba-lumba di Malaysia.

Klik untuk ke laman web.

Jabatan Muzium Malaysia

Laman web ini membenarkan anda untuk melawat muzium di Malaysia secara ‘virtual’. Terdapat beberapa galeri muzium yang anda boleh tengok secara ‘virtual’ di situ. Antaranya adalah Muzium Pameran Negara Kota yang Hilang.

Klik untuk ke laman web.

Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery

Laman web ini menawarkan pelbagai tema melalui enam galeri tetapnya: Galeri Kanak-kanak, Galeri Bank Negara Malaysia, Galeri Ekonomi, Galeri Kewangan Islam, Galeri Numismatik dan Galeri Seni. Kepada yang berminat untuk mendapatkan pengetahuan dengan lebih mendalam tentang ekonomi Malaysia, bolehlah ke laman web ini kerana galeri ini merangkumi ekonomi Malaysia, peranan bank dalam pembangunan ekonomi dan landskap kewangan negara sejak pra-kemerdekaan sampailah sekarang.

Klik untuk ke laman web.

My Zoo Taiping

Laman web ini membenarkan anda untuk sertai virtual tour di sekitar zoo. Baru-baru ini Zoo Taiping menyediakan virtual tour melalui Facebook Live dan Instagram kepada orang ramai secara menggunakan media sosial. Anda boleh tengok segmen yang telah direkod di laman web mereka, tapi anda perlu daftar sebagai ahli dahulu sebelum anda dapat tengok video tersebut.

Klik untuk ke laman web.

Anda boleh pergi ke laman web yang tersenarai di atas untuk menghilang rasa rindu untuk melancong atau berjalan-jalan. Sekarang individu yang sudah lengkap dua dos vaksin dibenarkan untuk merentas daerah atau melancong, jadi sekiranya anda ingin melancong semula pergi dapatkan vaksin anda sekarang. Selamat melancong!